Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pencarian 25 Guru Paling Inspiratif

Pencarian Guru Paling Inspiratif atau Anugerah Guru Inspirasi (Inspiring Teacher Award) diteruskan untuk tahun yang keempat. Anugerah ini merupakan sebahagian daripada #McDSayangCikgu program dimana pencarian akan berlangsung sehigga 30 Mac 2020.

Semua rakyat Malaysia berpeluang untuk berkongsi cerita mengenai bagaimana guru tersebut memberi inspirasi kepada diri mereka sendiri, keluarga atau kenalan untuk percaya pada diri sendiri dan sentiasa menjadi lebih baik daripada apa yang kita fikirkan.

Anugerah ini memberi rakyat Malaysia peluang untuk menghargai jerih perih seorang guru yang sentiasa memberi murid dan pelajarnya melebihi tugasnya sebagai seorang guru.

Anugerah ini akan diberikan kepada 25 guru yang paling memberi inspirasi dan setiap daripada mereka akan menerima wang tunai berjumlah RM5,000 , sebuah trofi, selempang dan sijil pengiktirafan di majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Hari Guru.

Mereka yang berjaya mencalonkan guru yang memenangi Anugerah Guru Inspirasi juga akan mendapat baucar hadiah daripada McDonald bernilai RM200.

Semenjak diperkenalkan pada tahun 2017, sebanyak lebih 11,500 pencalonan diterima dengan 56 orang penerima anugerah diseluruh negara.

Pencalonan Guru Paling Inspiratif

Bagi membuat pencalonan anda boleh log masuk DI SINI

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu Pencarian Guru Paling Inspiratif memberikan manfaat kepada anda semua

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More