Sumber Rujukan Globalisasi Anda

“Teduhnya Jenazah Pencinta Al-Quran”, Meninggal Ketika Tidur & Berpuasa

Pencinta Al-Quran meninggal dunia ketika tidur dan berpuasa. Meninggal dunia dalam keadaan ‘penutupan yang baik’ atau husnul khatimah adalah impian setiap umat Islam.

Dengan husnul khatimah itulah, mereka yang pergi akan menghadap Penciptanya dalam keadaan paling bersih dan suci.

Biasanya yang ‘berpeluang’ mengecapi nikmat kematian dalam husnul khatimah ini adalah mereka yang begitu menjaga amalannya.

Baru-baru ini, terjadi satu tragedi menyentuh hati apabila seorang pemuda Muslim dilapor meninggal dunia dalam keadaan sedang beribadah.

PENCINTA AL-QURAN

KEMATIAN YANG DICEMBURUI, PENCINTA AL-QURAN DISANJUNG RAMAI

Menerusi perkongsian oleh Kabri Saibun di laman sosial facebook, kejadian itu berlaku melibatkan sahabat baiknya sendiri, Allahyarham Muhammad al-Fatih Syukur.

Difahamkan, arwah Fatih yang juga merupakan penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir adalah seorang penghafaz Al-Quran yang telah bergelar ‘Hafiz’ (khatam 30 juz).

Selain mempunyai ilmu agama yang tinggi di dada, arwah juga merupakan seorang pemuda yang berakhlak mulia.

Bagaimanapun segalanya ‘bermula’ pada suatu hari apabila arwah ditemui telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang tidur di biliknya baru-baru ini.

Agak mengejutkan kerana arwah didakwa tidak menghidapi sebarang sakit dan penyakit ketika itu.

Namun apa yang sangat menyentuh hati adalah arwah ditakdirkan kembali bertemu Penciptanya dalam keadaan dia sedang berpuasa sunat.

Pemergian arwah dalam keadaan sedang beribadah itulah yang menjadikan kematiannya dianggap sebagai husnul khatimah.

Perginya arwah Fatih bagaikan satu gegak gempita buat sahabat seperjuangan dan ahli keluarganya.

Mungkin kerana terlalu dikenali ramai sebagai seorang pemuda yang berjiwa ‘Islah’, jenazah arwah disolatkan oleh begitu ramai para jemaah yang dipercayai mengenalinya.

Bukan sahaja disanjung penduduk dunia, malah barangkali kematiannya yang diberkati itu turut mendapat ‘perhatian’ penduduk di langit jua.

PENCINTA AL-QURAN

PENCINTA AL-QURAN

Kehilangan seorang Hafiz Al-Quran ibarat lautan yang hilang permatanya. Ia benar-benar dirasai.

Kabri menitip ucapan buat sahabatnya itu dengan satu hantaran di Facebook yang bertulis;

Alhamdulillah Jum’at 12 Februari 2021. Masih diberi kesempatan untuk melayat dan ikut sholat Jenazah Alm. Muhammad Al-Fatih sang pejuang Al-Qur’an dari Ternate. Inna lillahi wa inna ilahi raji’un Almarhum berpulang dalam keadaan berpuasa. Semoga dilapangkan kuburnya,diterima amal ibadah, dicatat sebagai syahid, di tempatkan syurgaNya. Al-Fatihah.

Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua. Salam takziah buat arwah Fatih. Al-Fatihah.

PENUTUP

Akhir kata, semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan “Teduhnya Jenazah Pencinta Al-Quran”, Meninggal Ketika Tidur & Berpuasa dapat memberi manfaat dan iktibar buat kita semua. Untuk lebih banyak info dan isu semasa sila layari website kami.

Terima Kasih

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More