Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pendaftaran MyCoID SSM Nombor Pemerbadanan / Identiti Syarikat

MyCoID adalah nombor syarikat yang dikeluarkan oleh SSM dan digunakan untuk berurusan di semua agensi berkaitan.

Carian nama dan pemerbadanan syarikat mandatori secara “online” melalui portal MyCoID keseluruh negara telah dilaksanakan sepenuhnya berkuatkuasa pada 11 Disember 2014.

Bagi syarikat Sdn. Bhd. nombor baharu pendaftaran syarikat telah dilaksanakan kini.

Nombor pendaftaran syarikat telah mempunyai 12 digit yang akan digunapakai untuk semua perihal dokumen syarikat.

mycoid ssm

Isi Kandungan

Fungsi MyCoID SSM

Dengan adanya MyCoID, komuniti korporat kini hanya perlu menggunakan satu nombor iaitu nombor pemerbadanan syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi urusan  pendaftaran, rujukan dan transaksi dengan agensi berikut:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN);
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
  • Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB);
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); dan
  • Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp.Malaysia).

MyCoID akan menggantikan penggunaan pelbagai nombor yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan  secara berperingkat bagi urusan yang melibatkan komuniti korporat dan rujukan dalaman agensi.

Pendaftaran MyCoID SSM Nombor Pemerbadanan / Identiti Syarikat

Bagaimana MyCoID Berfungsi?

MyCoID akan menggantikan penggunaan pelbagai nombor yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan secara berperingkat bagi urusan yang melibatkan komuniti korporat dan rujukan dalaman agensi.

Fasa pertama MyCoID akan memperkenalkan penggunaan satu nombor rujukan untuk kegunaan di pelbagai agensi. Inisiatif ini akan ditambah baik melalui fasa kedua iaitu dengan memperluas serta memaksimumkan potensi pemakaian MyCoID menerusi pembangunan sistem yang akan membolehkan pengkalan data dan maklumat berlaku secara automatik.

Ini bermakna pemilik-pemilik syarikat baru tidak perlu lagi pergi ke pelbagai agensi untuk tujuan pendaftaran kerana proses tersebut boleh berlaku serentak dengan hanya satu proses pendaftaran di SSM.

Baca Juga: Cara Daftar SSM Perniagaan Secara Online (EZBIZ)

Faedah Menggunakan MyCoID

MyCoID dicipta untuk membantu usahawan mengurangkan birokrasi disamping menjimatkan masa usahawan di Malaysia. Jika dahulu segalanya terpaksa dilakukan secara manual, kini MyCoID telah tercipta untuk memudahkan perniagaan dan pentadbiran syarikat.

Secara mudahnya terdapat beberapa faedah MyCoID, antaranya;

  1. Memudahkan orang awam terutamanya komuniti usahawan.
  2. Mempertingkatkan keberkesanan transaksi di antara orang awam dengan agensi kerajaan yang berkaitan.
  3. Mempertingkat interaksi antara agensi.
  4. Komponen penting dalam pembangunan sistem automatik yang membolehkan sesebuah syarikat mendaftar serentak dengan agensi yang berkaitan selepas ia ditubuhkan.
  5. Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam persekitaran koporat negara.

Pendaftaran MyCoID SSM Nombor Pemerbadanan / Identiti Syarikat

Langkah Pemerbadanan Syarikat Melalui MyCoID SSM

Seseorang individu boleh mendaftar serta memperbadankan syarikat melalui portal MyCoID (https://mycoid2016.ssm.com.my/) menggunakan tiga (3) langkah mudah seperti berikut:

  1. Mendaftar, memasukkan maklumat yang relevan dan membayar melalui portal MyCoID;
  2. Mendapat kelulusan SSM; dan
  3. Menerima pemberitahuan pendaftaran dari SSM melalui e-mel.

Pengaktikfan Akaun MyCoID

Bermula 29 April 2020, pengaktifan akaun pengguna MyCoID boleh dilakukan tanpa perlu hadir ke kaunter sepanjang tmepoh PKP. Pengguna boleh membuat pengaktifan akaun melalui [email protected]

Pelanggan yang berdaftar sebagai Individual, Professional dan e-Charge User di portal perlu mengemukakakn dokumen berikut untuk pengaktifan akaun pengguna MyCoID.

Pendaftaran MyCoID SSM Nombor Pemerbadanan / Identiti Syarikat

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

Telefon: 603-77214000
E-mel: [email protected]

Alamat: Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral 50623 Kuala Lumpur.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More