Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pendaftaran Platform Warongku

Pelancaran platform Warongku ini adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Penjaja dan Peniaga Melalui Smart Digital Terminal di bawah MEDAC dan SME Corp dan inisiatif pendigitalan perniagaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Platform Warongku adalah kesinambungan projek e-runner iaitu Warong Rider yang dilaksanakan syarikat ICTSB dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) dan disokong SME Corp.

Pelaksanaan platform Warongku ini melibatkan peruntukan sebanyak RM3.11 juta dengan sasaran untuk membantu seramai 3,500 usahawan di seluruh negara.

Isi Kandungan

Objektif Pelaksanaan

Terdapat dua objektif utama pelaksanaan platform Warongku oleh MEDAC iaitu:

  • Membantu meningkatkan pendapatan golongan usahawan mikro dan informal serta penjaja dan peniaga kecil.
  • Memberikan kesedaran dan menggalakkan penggunaan aplikasi digital untuk pemasaran lebih meluas dan transaksi yang sistematik.

Sasaran Perniagaan

Pelaksanaan platform Warongku ini adalah untuk memasarkan makanan dan produk dalam talian bagi pesanan dan penghantaran.

Sehingga kini, lebih 2,000 penjaja dan peniaga kecil telah mendaftar sebagai e-merchant menerusi platform ini.

Pendaftaran Platform Warongku

Bantuan Ditawarkan

Selain memasarkan produk perniagaan, platform Warongku turut menawarkan latihan atau kursus kepada usahawan yang kurang pendedahan teknikal dan literasi pemasaran secara digital.

Sehingga kini, 70 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah dipilih untuk menyertai latihan dengan tujuan memberi pendedahan penggunaan platform ini.

Di samping itu, platform ini juga turut mendapat sokongan daripada TEKUN Nasional yang menawarkan pembiayaan hingga RM10,000 bagi pembelian motosikal, pembaikan motosikal dan modal pusingan melalui Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0.

Daftar Platform Warongku

Untuk usahawan mikro dan informal serta penjaja dan peniaga kecil yang ingin memasarkan produk mereka di Warongku, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://warongqr.com/new/restaurant/register.
  2. Isi maklumat dan butiran yang diperlukan.
  3. Pastikan maklumat dan butiran telah diisi dengan betul.
  4. Setelah selesai, klik butang ‘Save.’

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ingin memesan pelbagai jenis makanan, sila layari laman web https://www.warongku.my/.

Artikel lain:Pendaftaran Skim Mesra Usia Emas

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More