Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pendaftaran Sukarelawan MyVac Terbuka Elaun RM100 Akan Diberikan

Pendaftaran Sukarelawan MyVac ini akan diberikan Elaun. Semua rakyat Malaysia dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada kommuniti MyVac. Anda boleh mendaftar untuk menjadi sukarelawan hari ini.

Isi Kandungan

Apa Itu MyVac ?

MyVac (Malaysia Vaccine Support Volunteers) adalah satu inisiatif daripada kerajaan yang ditubuhkan dari hasil gabungan antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu barisan hadapan (Frontliners) dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan meletakkan individu yang sukarela berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program ini amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai “Herd Immunity’.

Pendaftaran Sukarelawan MyVac

Syarat Kelayakan & Skop Tugas

Jenis Sukarelawan

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas

1. Sukarelawan Bukan Kesihatan

2. Sihat tubuh badan

2. Sukarelawan Kesihatan

 

Sukarelawan boleh memilih antara mahu menjadi sukarelawan kesihatan atau bukan kesihatan, tetapi berdasarkan kelayakan dalam melancarkan proses pergerakan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri dan daerah.

Skop Tugasan Sukarelawan MyVac :

  1. Sukarelawan Kesihatan: Vaksinator, menjaga sick bay/kecemasan dan konsultasi Vaksin Covid-19.
  2. Sukarelawan Bukan Kesihatan: Membuat saringan gejala suhu, temu janji pendaftaran dan mengawal ruang menunggu.

Anda boleh memilih ini semasa sesi pendaftaran di lawan web. Tetapi, untuk sukarelawan bukan kesihatan, bidang tugasan yang lebih spesifik akan ditentukan oleh penyelia di PVV.Pendaftaran Sukarelawan MyVac

Elaun dan Sijil Sukarelawan MyVac

Berprinsipkan bahawa MyVac ini adalah satu program yang mengambil secara sukarela yang berdasarkan kepada semangat ingin meringankan beban barisan hadapan (Frontliners) dalam usaha untuk memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan sukses demi kesejahteraan negara, dimaklumkan bahawa hanya bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:

Elaun Bagi Sukarelawan Kesihatan 

  1. RM 50.00 Diberikan kepada setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi ataupun sepanjang tempoh waktu operasi di PPV.
  2. RM 25.00 Diberikan untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam.

Elaun Bagi Sukarelawan Bukan Kesihatan 

  1. Tempoh Tugasan PPV (8.00 pagi hingga 5.00 petang) RM50.00 untuk setiap sukarelawn yang bertugas melebihi masa yang ditetapkan operasi PVV lapan (8) jam.
  2. Tempoh Tugasan PPV (8.00 pagi hingga 10.00 malam) RM 50.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas melebihi masa yang ditetapkan operasi PVV tujuh (7) jam seperti berikut:
  • Syif A : 8.00 pagi hingga 3.00 petang
  • Syif B : 2.00 petang hingga 10.00 malam
  • Petugas yang melakukan dua sesi pada hari yang sama boleh menuntut elaun sebanyak RM 100.00 sehari

* Sukarelawan daripada kalangan Penjawat Awam tidak layak untuk menerima bayaran saguhati mengikut akta pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP10.9 (Penetapan Kadar dan Perolehan Perkhidmatan Kepakaran Daripada Kalangan Bukan Pegawai Awam Dalam Program Rasmi Kerajaan) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia berkuat kuasa pada 15 januari 2021.

* Kad pengenalan dan vest sukarelawan akan diberikan kepada sesiapa yang bertugas.

Di akhir program ini, Sijil untuk semua yang terlibat (Sukarelawan) akan diberikan.

Pendaftaran Sukarelawan MyVac

 

Jangka Masa Tugas

Jangka masa tugas bagi semua sukarelawan akan dibahagi kepada dua (2) sesi iaitu:

Jangka Masa Tugas

1. Satu Sesi : Enam (6) jam setiap satu sesi. Setiap sukarelawan yang terpilih hendaklah bertugas minimum enam (6) jam bagi mendapat bayaran token yang minimum.

2. Dua Sesi : Had maksimum 12 jam atau bergantung kepada masa operasi di PVV. Jika terdapat PPV yang berkerja kurang dari 12 jam, maka sukarelawan tersebut akan dianggap bertugas untuk satu hari.

 

Berikut Adalah Cara Pendaftaran Sukarelawan MyVac Berdasarkan Gambar

Pendaftaran Sukarelawan MyVac

Pendaftaran Sukarelawan MyVac

Pendaftaran Sukarelawan MyVac

Surat Sokongan

Surat sokongan untuk pelepasan boleh dikeluarkan oleh Pejabat Belia dan Sukan di daerah masing-masing.

Di sehubungan itu, anda boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang terdekat dengan anda setelah anda telah disahkan sukses menjadi sukarelawan program MYVac.

Akan tetapi, pelepasan daripada tempat kerja/ belajar bakal sukarelawan adalah dimuktamadkan oleh majikan dan insitusi pengajian masing-masing.

Soalan yang Lazim Ditanya Oleh yang Berminat 

Adakah sukarelawan yang terpilih program MyVac ini akan mendapat vaksin lebih awal ?

Jawapanya TIDAK. Suntikan vaksin masih akan diberikan mengikut fasa dan temu janji aplikasi Mysejahtera yang telah ditetapkan.

Artikel berkaitan : Pendaftaran vaksin untuk kanak kanak berumur 12 tahun

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More