Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 untuk sekolah di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak akan dibuka tidak lama lagi. Ibu bapa yang mempunyai anak yang akan memasuki alam persekolahan dikehendaki sentiasa peka dengan tarikh-tarikh penting permohonan dan sebagainya supaya pendaftaran anak-anak anda tidak tercicir untuk memasuki ke Tahun 1 sesi baru yang akan dibuka nanti.

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga, permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2024 dan 2025 boleh dilakukan secara online iaitu pada Sistem Modul Pengurusan Awam (idMe) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta kepada ibu bapa yang akan mendaftarkan anak untuk bersekolah Tahun 1 pada sesi 2024 dan 2025, anda boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan juga secara online.

Isi Kandungan

Syarat Kemasukan Persekolahan Bagi Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Syarat-syarat permohonan kemasukan murid ke Tahun 1 Sesi 2024/2025 adalah:

  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
  • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019

Cara Membuat Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 boleh dibuat dengan ketetapan berikut:

Aplikasi pendaftaran secara atas talian boleh dibuat di Sistem Modul Pengurusan Awam (idMe) dan cara mendaftar masuk adalah:

  • Untuk pengguna sedia ada, sila log in menggunakan Nombor Kad Pengenalan / Passport dan kata laluan anda
  • Untuk pengguna baru idMe, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di Daftar Pengguna

Pendaftaran pengguna adalah menggunakan Nombor Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga.

Selepas selesai masuk ke dalam Sistem idMe, anda boleh mengisi semua maklumat-maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan antara maklumat yang perlu diisi adalah:

  1. Maklumat prasekolah / tadika
  2. Profil kesihatan
  3. Rekod imunisasi kanak-kanak

Anda juga boleh merujuk manual penggunaan Sistem idMe bagi melancarkan proses pendaftaran tersebut.

Seterusnya, borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa / penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan / Pengesahan Pendaftaran iaitu semasa tempoh permohonan pendaftaran dibuka.

Apakah Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Pendaftaran?

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Buku Rekod Kesihatan Murid (tarikh imunisasi / suntikan)
  2. Sijil Lahir Murid
  3. Borang Permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  4. Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga Murid
  5. Sijil Nikah / Sijil Daftar Kahwin / Sijil Cerai dan Sijil Hak Jagaan Anak (jika berkenaan)
  6. Bil Utiliti – SYABAS / TNB / ASTRO / TELEFON (sebagai bukti alamat tempat tinggal)
  7. Laporan Kesihatan Doktor Dan Kad OKU (jika berkenaan)
  8. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi

Senarai dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada sekolah yang dimohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama dan mungkin ada yang berbeza.

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Tarikh-tarikh penting Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 adalah seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh Pendaftaran Dibuka: 2 Mei 2023
  • Tarikh Pendaftaran Ditutup: 30 Jun 2023
  • Tarikh Rayuan: Akan dimaklumkan
  • Keputusan Rayuan: Akan dimaklumkan

Untuk makluman semua, Modul Pendaftaran Tahun 1 akan dibuka bermula 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023.

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan pendaftaran Tahun 1, mohon ibu bapa dan penjaga boleh melengkapkan modul pengurusan awam dan mengisi maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan sahaja dahulu.

Mohon kerjasama ibu bapa / penjaga agar sentiasa membaca makluman terkini di laman utama idme supaya tidak ketinggalan info-info terkini yang penting.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025, anda boleh merujuk di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM.

Semoga perkongsian info tentang Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 ini dapat membantu ibu bapa / penjaga yang mempunyai anak Tahun 1 dan akan didaftarkan ke persekolahan bagi sesi yang akan dibuka nanti. Semoga Bermanfaat!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More