Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pendaftaran Vaksin Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta MITI

Pendaftaran Vaksin Covid – PIKAS adalah program imunisasi kerjasama awam-swasta yang menyasarkan pekerja dimana MITI telah dipertangungjawabkan untuk menyelaraskan imunisasi pekerja bagi sektor pembuatan.

PIKAS, sebagai salah satu program di bawah PICK dijangka akan membantu mempercepatkan imunisasi kelompok yang ingin dicapai negara pada kadar 80% menjelang Februari 2022.

Beberapa kementerian lain juga akan bertanggungjawab untuk vaksinasi pekerja bagi sektor masing-masing. Penyertaan syarikat dan pekerja dalam PIKAS adalah secara sukarela.

Namun di tahap permulaan ini, PIKAS disasarkan kepada sektor pembuatan.

Isi Kandungan

Tarikh Pendaftaran PIKAS

Pendaftaran bagi program vaksinasi di bawah PIKAS akan bermula pada 13 Jun 2021.

Syarikat perlu mengikut terma dan syarat yang antaranya memerlukan pekerja berdaftar dengan MySejahtera untuk program PICK terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran PIKAS.

Tiada tarikh tutup bagi pendaftaran pekerja di bawah PIKAS.

Maklumat lanjut beserta terma dan syarat yang ditetapkan boleh didapati melalui laman web MITI.

Pendaftaran Vaksin Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta MITI
Pendaftaran Vaksin Covid

Tarikh Pelaksanaan Pendaftaran Vaksin Covid

Pelaksanaan PIKAS akan bermula pada 16 Jun 2021 dengan vaksinasi dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustrian yang dikenalpasti.

Baca juga: Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Rumah / Majlis

Siapa Yang Boleh Mendapatkan Vaksin Melalui PIKAS (MITI)?

Syarikat dalam subsektor pembuatan kritikal termasuk elektrik dan elektronik, pemprosesan makanan, besi dan keluli, alat perubatan, alat pelindung diri (PPE), minyak dan gas serta
produk getah termasuk pembuatan sarung tangan perubatan akan diberikan keutamaan untuk vaksinasi.

Sektor-sektor ini penting dalam menyokong rantaian bekalan produk dan perkhidmatan penting serta pembinaan, penyelenggaraan dan kelancaran infrastruktur kritikal termasuk utiliti dan sistem penjagaan kesihatan awam.

Keutamaan vaksinasi syarikat akan ditetapkan mengikut beberapa pertimbangan
termasuk lokasi syarikat di zon merah COVID-19.

Beberapa kementerian lain juga akan bertanggungjawab untuk vaksinasi pekerja bagi sektor masing-masing.

Bagi sektor berikut, perlu dirujuk kepada Kementerian masing-masing.

  • Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) – bagi sektor pertanian/ perikanan /penternakan /perladangan dan komoditi
  • Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi – bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi
  • CIDB, Jabatan Kerja Raya (JKR) – Pembinaan
  • KPDNHEP – Peruncitan

Baca Juga: 5 Tindakan Ibu Bapa Mencegah Penularan Kes Covid-19 Kanak-Kanak

Adakah Vaksin Percuma? Pendaftaran Vaksin Covid

Ya, vaksin akan diberikan secara percuma.

Majikan sama sekali tidak dibenarkan memotong gaji pekerja untuk menanggung yuran pentadbiran kepada pengamal am perubatan swasta dan untuk penggunaan pusat pentadbiran vaksin yang dikendalikan oleh pihak swasta, termasuklah apabila pekerja tidak lagi bekerja di syarikat yang sama sebelum imunisasi penuh pekerja yan berkenaan.

Cara Pendaftaran Vaksin Di Bawah PIKAS (MITI)

Syarikat yang layak boleh memuat turun Borang Pendaftaran PIKAS melalui pautan di bawah:

Setelah dilengkapkan, ia boleh dihantar kepada industri yang berkenaan atau terus kepada e-mel [email protected].

Pendaftaran Vaksin Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta MITI

Pusat Lokasi Vaksin PIKAS (MITI)

Vaksin akan diberikan melalui 2 cara iaitu:

  • vaksin akan diagihkan di pusat PPV seperti mana yang sedang berlangsung sekarang
  • vaksin akan diagihkan di premis kilang atau lokasi yang diluluskan (on-site vaccination)*

*Syarikat yang memohon untuk melakukan vaksinasi di kilang atau fasiliti persendirian perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1000 orang pekerja dan pihak MOSTI dan CITF akan membuat penelitian sama ada ia sesuai untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Untuk mengetahui syarat penuh mengadakan on-site vaccination, sila rujuk lampiran berikut:

FAQ PROGRAM IMUNISASI INDUSTRI COVID-19 KERJASAMA AWAM-SWASTA

Bagaimana Membuat Semakan Status / Temujanji Pendaftaran Vaksin Covid

Setiap pekerja akan diberi notifikasi melalui MySejahtera dan SMS.

Wakil daripada syarikat yang didaftarkan juga akan menerima notifikasi melalui e-mel.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat siaran dan kenyataan MITI yang berikut:

Unit Komunikasi Strategik MITI
Tel +603 6200 0082
Fax +603 6206 4293
E-mel [email protected]

Laman Web Rasmi: https://www.miti.gov.my/

Siaran Media dan Frequently Asked Questions (FAQ)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More