Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penebusan e-Belia RM 150 Dibuka Bermula 1 Jun (e-Wallet)

Penebusan e-Belia melalui e-Wallet yang merupakan sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021, untuk 2 juta belia warganegara Malaysia.

Isi Kandungan

Objektif Penebusan e-Belia

Tujuan utama program bantuan ini tidak lain dan tidak bukan untuk meringan beban kewangan golongan belia dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.

Jumlah Bantuan 

Sebelum ini RM 200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM 100 kredit e-tunai kepada belia yang layak.
Tetapi, kerajaan telah menambahkan Bantuan Khas E-wallet RM 100 secara one-off bermula 2021 kepada RM 150 setiap orang.
 
Penambahan berikut merupakan kali kedua dilakukan selepas penambahan RM 50 kepada RM 100 pada Januari lalu.
Ini bermaksud jumlah yang bakal diterima ialah
  • RM 150

Tarikh Penebusan e-Belia

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan bahawa penebusan e-belia dibuka bermula :
  • 1 Jun 2021

Penebusan e-Belia RM 150 Dibuka Bermula 1 Jun (e-Wallet)

Syarat Kelayakan Bantuan E-Wallet

Syarat kelayakannya ialah :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga tidak lebih daripada 20 tahun.
  • Peljar IPTA dan IPTS layak tanpa mengira umur.
  • Memiliki salah satu aplikasi perkhidmatan untuk penebusan bantuan seperti Grabpay, Boost atau TNG e-wallet

Cara Penebusan e-Belia

  • Tiada permohonan bersurat atau pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
  • Bantuan ini akan anda terima sekiranya anda memuat turun/download salah satu daripada tiga aplikasi di atas iaitu BOOST, BigPay, ShopeePay, atau TOUCH N GO
  • Setelah itu, anda perlu mendaftar akaun atau verifikasi akaun menggunakan kad pengenalan anda.
  • Mengisi segala butiran yang diperlukan.

Penutup

Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/ download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian ilmuan anda. Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan – bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More