Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024 bagi Latihan Praperkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dibuka mulai 14 Mac 2024 sehingga 15 April 2024.

Isi Kandungan

Maklumat Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024 ini terbuka kepada:

  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021, 2022 dan 2023,
  • Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 dan 2023,
  • Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022 dan 2023, dan
  • Lepasan Program Matrikulasi KPM Sesi Pengajian 2022/2023 dan 2023/2024.

Lepasan SPM tahun 2023 layak memohon dan perlu mengemaskini permohonan sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan.

Lepasan STPM, STAM dan Program Matrikulasi Tahun 2023/2024 layak memohon dan perlu mengemaskini permohonan sebaik sahaja keputusan peperiksaan diumumkan.

Pelajar wajib mengambil kursus tambahan yang ditetapkan bagi melengkapkan jurang ilmu / kemahiran yang diperlukan semasa mengikuti PISMP.

Untuk lepasan SPM, mod pengajian adalah sepenuh masa dan tempoh pengajian adalah satu (1) tahun persediaan (3 Semester) dan empat (4) tahun Ijazah, iaitu 12 Semester.

Manakala, untuk lepasan STPM, STAM dan Program Matrikulasi, mod pengajian adalah sepenuh masa dan tempoh pengajian adalah empat (4) tahun Ijazah, iaitu 12 Semester.

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024 1
Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024

Cara Permohonan

Tarikh permohonan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024 akan dibuka bermula 14 Mac 2024 hingga 15 April 2024.

Permohonan boleh dibuat pada laman sesawang PISMP Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 14 Mac 2024.

  • Lepasan SPM Tahun 2023 layak memohon dan perlu mengemaskini keputusan SPM pada tarikh yang ditetapkan.
  • Lepasan STPM Tahun 2023 layak memohon dan perlu mengemaskini keputusan Semester 3 pada tarikh yang ditetapkan.
  • Lepasan STAM Tahun 2023 layak memohon dan perlu mengemaskini keputusan akhir pengajian pada tarikh yang ditetapkan.
  • Lepasan Program Matrikulasi Sesi Pengajian 2023/2024 layak memohon dan perlu mengemaskini keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) pada tarikh yang ditetapkan.

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang PISMP Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting pengambilan sebelum membuat permohonan.

Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup.

Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.

Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

>>>IKLAN PENUH PENGAMBILAN<<<

Calon Tidak Layak Memohon

Kriteria calon-calon yang tidak layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di mana-mana institusi pendidikan dalam dan luar negara.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi Kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Tarikh-Tarikh Penting Proses Pengambilan Bagi Tahun 2024

Tarikh-tarikh penting proses Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024 ini adalah seperti berikut:

AktivitiTarikh
Paparan iklan di portal rasmi KPM.11 Mac 2024 – 15 April 2024
Permohonan dalam talian dibuka dan semakan tarikh menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG).14 Mac 2024 – 15 April 2024
Permohonan dalam talian ditutup.15 April 2024 (Jam 11.59 Malam)
Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian.15 – 19 April 2024
22 – 26 April 2024
Kemaskini bidang permohonan PISMP.3 – 9 Jun 2024
Semakan keputusan e-UKCG, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan Temuduga.13 Jun 2024
Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan Temuduga bersemuka secara fizikal.1 – 5 Julai 2024
8 – 12 Julai 2024
Semakan keputusan permohonan berjaya24 Julai 2024
Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024

**Tarikh dan aktiviti tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024 2
Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More