Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Peluang Kerjaya Di Universiti Malaya (Kategori Bukan Akademik) 2024

Universiti Malaya (UM) kini sedang membuka pelbagai peluang kerjaya untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Universiti Malaya atau UM adalah sebuah Universiti Tertua di Malaysia yang terletak di kampus seluas 922 ekar (373.12 hektar) di barat daya Kuala Lumpur, iaitu ibu negara Malaysia.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di Universiti Malaya

Justeru, maklumat peluang Kerjaya Di Universiti Malaya yang terkini bagi tahun 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPenolong Akauntan Gred W29
Kategori JawatanBukan Akademik
Lokasi PenempatanUniversiti Malaya, Kuala Lumpur
Jadual GajiRM 1,498.00 – RM 5,678.00
Tarikh Tutup Permohonan14 Mac 2024 (Khamis)

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di UM 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.
  6. Pengetahuan kerja berkaitan perisian computer berasaskan Windows (contohnya MS Oulook, Work, Excel dan sebagainya).
  7. Kemampuan untuk mengurus dan memberi keutamaan kepada pelbagai tugas.
  8. Boleh bekerja dalam pengawasan yang minima.
  9. Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
Peluang Kerjaya Di Universiti Malaya (Kategori Bukan Akademik) 2024 1
Universiti Malaya

Deskripsi Tugas

Tugas-tugas bagi jawatan ini adalah seperti ketetapan berikut:

  • Membantu memastikan belanjawan tahunan Universiti disediakan oleh PTj mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Menyemak dan membantu menyelaras permohonan belanjawan tahunan / tambahan daripada PTj untuk kelulusan Pihak Berkuasa Melulus (PBM).
  • Menyedia pindaan belanja / peruntukan yang perlu dibuat untuk penyesuaian rekod bagi akaun-akaun PTj supaya selaras dengan laporan penyesuaian di Jabatan Bendahari.
  • Menyediakan laporan agihan Belanjawan dan kertas permohonan Belanjawan universiti untuk dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa.
  • Mengumpul maklumat permohonan / status projek Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK).
  • Menyemak, menyediakan kertas kerja dan memantau projek yang diluluskan bagi mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK), Mesyuarat Jawatankuasa Belanjawan (JKBU) dan lain-lain.
  • Menjana, menyediakan analisa prestasi belanjawan serta data kewangan yang lain secara berkala kepada pengurusan Bendahari / Universiti / Kementerian.
  • Menyedia laporan prestasi dan kawalan perbelanjaan secara berkala bagi memastikan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan yang disediakan.
  • Menyusun atur rekod kewangan berkaitan dengan laporan prestasi kewangan dengan baik,lengkap dan teratur.

Cara Permohonan

Permohonan jawatan kosong hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian (online) yang boleh dicapai melalui pautan laman sesawang UM Career sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 14 Mac 2024.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Peluang Kerjaya Di Universiti Malaya (Kategori Bukan Akademik) 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di Universiti Malaya 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Di Universiti Malaya 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More