Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu Telah Berkuatkuasa Mulai 15 September

Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu telah mula dikuatkuasakan bermula 15 September lalu.

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan dasar baharu berkaitan dengan kursus pembelajaran dan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) untuk memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM).

Dasar baharu ini membolehkan individu yang sudah mempunyai LMM untuk motosikal atau kereta untuk memperoleh LMM dalam kategori yang berbeza tanpa perlu mengikuti Kursus KPP01 dan Ujian Teori KPP01 sekali lagi.

Dasar Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu ini bertujuan memudahkan rakyat Malaysia dalam memperoleh LMM tanpa mengurangkan tahap kecekapan pemandu.

Pelaksanaan Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu ini berdasarkan maklum balas awam dan bertujuan menghemat masa dan kos dalam proses memperoleh LMM yang sah.

Isi Kandungan

Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu

Dibawah Kerajaan Madani, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan bahawa semua rakyat Malaysia tidak perlu lagi melekatkan road tax di cermin kenderaan persendirian. Pengumuman ini disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia kerana memudahkan urusan rakyat dengan jayanya.

Selain itu, pihak JPJ juga telah telah membuat anjakan paradigma didalam sistem perlesenan dimana kita tidak lagi perlu beratur panjang di pos laju atau di pejabat JPJ untuk memperbaharui lesen memandu dimana semuanya sudah didigitalkan.

Percaya atau tidak, JPJ tidak berhenti disitu sahaja dimana sekali lagi kita dikejutkan dengan berita baik buat rakyat Malaysia iaitu JPJ telah membuat pengecualian ujian teori lesen memandu bermula 15 September 2023.

Untuk mempermudah pengambilan Lesen Memandu Malaysia (LMM), terutamanya bagi golongan muda, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan Ketetapan Dasar Baharu berkaitan dengan bahagian pembelajaran dan Kursus Teori dalam Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi memperoleh LMM.

Mulai 15 September 2023, individu-individu yang kini sudah memiliki LMM dalam kategori motosikal atau motokar, dan berkeinginan untuk mendapatkan LMM dalam kategori yang berbeza (motosikal atau motokar), akan dikecualikan daripada keperluan menghadiri Kursus KPP01 dan Ujian Teori KPP01.

Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu

Hanya Satu Ujian Teori Bagi Lesen Motosikal Atau Kereta

Sebagai contoh, individu yang telah berjaya melalui ujian KPP01 (Teori) untuk lesen memandu motosikal tidak perlu mengambil semula ujian KPP01 apabila mereka memilih untuk mendapatkan lesen memandu motokar.

Namun, penting untuk diingat bahawa calon tetap dikehendaki menjalani latihan dan menghadiri ujian KPP02 (Praktikal di Litar) dan KPP03 (Praktikal di Jalanraya) secara berasingan apabila mereka mengambil LMM untuk motosikal dan LMM untuk motokar.

Individu tersebut hanya perlu menyemak semula dan memperbaharui Lesen Belajar Memandu (LDL) mereka, dan selepas itu, mereka boleh mendaftar di Institut Memandu untuk menyelesaikan latihan dan ujian peringkat KPP02 dan KPP03 dalam kategori kenderaan yang bersesuaian.

Syarat umur yang diperlukan untuk memperoleh LMM motosikal adalah 16 tahun atau lebih, manakala untuk motokar adalah 17 tahun atau lebih. Selain itu, individu juga dikehendaki bebas daripada sebarang rekod tindakan senarai hitam yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penggabungan Kursus & Ujian Memandu

Sebagai contoh, individu yang sudah lulus ujian KPP01 (Teori) untuk lesen memandu motosikal tidak perlu mengambil KPP01 lagi ketika ingin memperoleh lesen memandu kereta. Namun, calon masih dikehendaki menjalani latihan dan ujian KPP02 (Praktikal di Litar) dan KPP03 (Praktikal di Jalanraya) secara berasingan apabila ingin memperoleh LMM untuk motosikal dan LMM untuk kereta.

Individu tersebut hanya perlu memperbaharui Lesen Belajar Memandu (LDL) dan kemudian mendaftar di Institut Memandu untuk menjalani latihan dan ujian KPP02 serta KPP03 dalam kategori kenderaan yang berkaitan.

Perbandingan Dasar Lama & Dasar Baharu Teori Lesen Memandu

Jom ikuti perbandingan dasar lama dan dasar baharu pada jadual dibawah.

Dasar Lama Yang Digunakan Sebelum 15 September 2023

Jenis Ujian

Ada Lesen Motosikal dan Ambil Lesen Kereta

Ada Lesen Kereta dan Ambil Lesen
Motosikal

KPP01

Wajib

Wajib

KPP02

Wajib

Wajib

KPP03

Wajib

Wajib

Dasar Baharu Yang Telah Berkuatkuasa Bermula 15 September 2023

Jenis Ujian

Ada Lesen Motosikal dan Ambil Lesen Kereta

Ada Lesen Kereta dan Ambil Lesen
Motosikal

KPP01

Tidak Wajib

Tidak Wajib

KPP02

Wajib

Wajib

KPP03

Wajib

Wajib

Kredit Sumber: Astro AWANI

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu atau penggabungan kursus dan ujian memandu untuk motosikal dan kereta ini, sila layari laman web Kementerian Pengangkutan (MOT).

Semoga perkongsian tentang info Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan atau informasi yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More