Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Trauma Peniaga Bundle Tertidur Semasa “Live”, Hampir 1000 Views Tontonan

Peniaga bundle tertidur semasa live tular di laman Twitter mengenai sebuah video memaparkan seorang lelaki yang bernama Taki menguruskan perniagaan bundle secara live di Facebook. Namun siapa sangka, dia malah tertidur di atas kerusi dengan kamera telefonnya yang masih merakam.

Isi Kandungan

Peniaga Bundle Tertidur Kerana Keletihan

Selain berniaga di gudang atau tapak-tapak jualan, berniaga secara live juga selalunya membawa keuntungan kepada peniaga bundle. Usaha seperti itu tidak akan memfokuskan kepada pelanggan di satu kawasan sahaja tetapi setiap orang di seluruh Malaysia juga boleh membeli barangan jualan selain menaikkan lagi sale.

peniaga bundle tertidur
Peniaga Bundle Tertidur Dek Kerana Keletihan

Viewer Naik Tinggi

Dengan keadaan cukup lena sehingga berdengkur, Taki kelihatan begitu letih disaksikan ratusan orang yang masuk ke dalam live tersebut secara berterusan. Difahamkan, pada awalnya hanya ada kira-kira 20 orang menonton video itu sebelum dia tidur namun angka berkenaan mencanak naik sehingga seribu lebih.

Netizen Melawak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki tersebut. Dalam pada itu, mereka juga seperti kasihan apabila melihat peniaga berkenaan seperti sangat keletihan mencari rezeki sehingga tidak sedar apa yang sedang berlaku.

Cabaran Alaf Baru

Begitulah kisah yang pastinya menjadi kenangan suatu masa nanti kepada anak cucu kita. Setiap hasil penat lelah kita pastinya akan terlihat suatu hari nanti. Susah payah seorang ayah mencari rezeki demi anak-anak yang tercinta tiada galang gantinya.

Disebabkan itulah agama menyuruh setiap dari kita menghargai kedua ibubapa kerana besarnya jasa mereka sehingga kita mampu berdiri dikaki sendiri. Cabaran dunia pada hari ini sangat memberi kesan pada seorang ayah iaitu ketua keluarga.

Harga barang runcit yang kian meningkat menyebabkan si ayah perlu mencari sesuap nasi untuk anak dan isterinya. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua. Amin.

Sumber: Media Sosial

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More