Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penjawat Awam dan Pesara Melaka Tidak Menerima ‘Duit Raya’

Tiada ‘duit Raya’ bagi penjawat awam, pesara kerajaan di Melaka

Penjawat awam serta pesara kerajaan di negeri ini tidak akan menerima pembayaran bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri seperti yang diumumkan oleh kerajaan pusat pada Khamis lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali selepas merasmikan Bazar Ramadan Mega 2021 peringkat negeri di Dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, malam tadi.

Beliau berkata, keputusan itu terpaksa dibuat selepas mengambil kira kedudukan kewangan negeri yang terus menyusut atas pelbagai faktor disebabkan pandemik Covid-19, termasuklah kekurangan kemasukan pelaburan asing.

penjawat

“Melaka tidak mempunyai keuntungan banyak, tidak seperti beberapa negeri lain seperti Selangor dan Sabah yang mampu menyalurkan bantuan sehingga setengah bulan bayaran bantuan khas Aidilfitri.

“Sebelum ini kita pernah menyalurkan sumbangan sekali bayaran kepada mereka (penjawat awam dan pesara kerajaan) termasuk pembayaran khas setengah bulan gaji, namun kali ini kita tak dapat buat pembayaran,” katanya.

Tambahnya, bagaimanapun sekiranya terdapat sebarang peruntukkan atau ‘rezeki’ menjelang Aidilfitri, pihak kerajaan pastinya akan berkongsi berita baik itu kepada golongan tersebut.

“Saya khuatir kalau berjanji nak beri tapi tak dapat tunaikan. Jadi, lebih baik awal-awal saya beritahu tiada bonus (pembayaran khas) tahun ini.

“Akan tetapi jika ada rezeki menjelang Aidilfitri nanti, kita akan beri. Buat masa ini tiada,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM250 kepada pesara kerajaan.

Untuk rekod, Melaka mempunyai seramai 7,500 penjawat awam membabitkan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC), anak syarikat, badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Aplikasi Semak Mule Atasi Helah Scammer, Penggunaan Aplikasi Sabah Trace Bagi Negeri Sabah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More