Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penonton Facebook Gaming di Malaysia ‘sumbang’ RM900,000

Medium Facebook bukan saja dijadikan sebagai sebaran info semasa, menjual pelbagai produk tapi untuk menyokong ‘streamer’ kegemaran mereka di platform Facebook Gaming. Tidak hairanlah game ‘streamer’ semakin ramai yang muncul.

Ada beberapa games yang biasa penulis dengar antaranya PUBG, Mobile Legend, Dota, Mine Craft dan ada banyak lagi sebenarnya. Cumanya, penulis ni bukan sejenis manusia yang kaki gaming. Tapi, hampir-hampir berkecimpung dengan dunia gaming la. (Baru belajar sebenarnya)

Jangan tak tau, game streamer  aje pun boleh buat duit. Bagaimana? Ha..itu kita cari caranya ok. Penulis pun sedang mengkaji ‘caranya’.

Pengguna Facebook di negara ini bukan saja menjadikan laman sosial berkenaan sebagai medium maklumat semasa, sebaliknya penonton kandungan permainan di negara ini turut ‘bermurah hati’ dengan transaksi sokongan kepada penstriman kandungan video melebih RM900,000.

Itu dapatan yang dikeluarkan oleh Facebook untuk bulan lalu apabila pengguna laman sosial di negara ini membelanjakan wang poket mereka semata-mata untuk menyokong ‘streamer’ kegemaran mereka dengan melakukan sumbangan berbentuk bintang (stars).

Facebook menyatakan bahawa jumlah keseluruhan sumbangan bintang berkenaan untuk bulan April saja berjumlah 20.7 juta membabitkan nilai transaksi lebih RM900,000.

Ia menjadikan antara komuniti kandungan permainan paling besar serta aktif di Asia Tenggara dan tidak hairanlah ‘streamer’ kandungan berkenaan tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Pengendali laman sosial terbesar itu juga menyatakan rakyat di negara ini gemar untuk menonton kandungan permainan daripada judul PUBG Mobile, Mobile Legends, Grand Theft Auto V, PUBG Lite dan Dota 2.

Wujud rekod perbezaan paling drastik untuk kandungan berkenaan apabila komuniti kandungan permainan di negara ini mencatatkan peningkatan 87 peratus berbanding tahun lalu.

Platform Facebook Gaming adalah satu medium yang diwujudkan oleh Facebook untuk memberi fokus kepada penyiaran kandungan permainan di laman sosial dan pengguna serta ‘streamer’ boleh berinteraksi secara langsung.

kredit : Hmetro

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More