Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penuntut UniMAP Beraya Di Kampus

penuntut

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak menolak kemungkinan penuntut universiti itu terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampus jika pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Pengarah Pusat Kesihatan UniMAP, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan berkata, pihaknya akan menunggu arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa berhubung kebenaran rentas negeri.

Penuntut UniMAP mungkin beraya di kampus

Katanya, universiti mendapat banyak pertanyaan daripada ibu bapa sama ada pelajar yang telah masuk ke kampus dibenarkan untuk pulang ke kampung atau tidak.

“Jika tidak dibenarkan rentas negeri, kemungkinan pelajar ini tidak diizinkan untuk pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.

“Bagaimanapun, pihak kampus akan menyediakan pelbagai program kepada mereka yang tidak dapat pulang nanti,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, terdapat 1,818 pelajar yang sudah berada di kampus serta sedang menjalankan proses isolasi atau pengasingan ketika ini sejak proses kemasukan semula pelajar fasa pertama pada 21 Februari lalu

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Kluster Tidur di Bulan Ramadan

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More