Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Peperiksaan di Jadualkan Semula Susulan PKP

Peperiksaan- Susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadualkan semula peperiksaan-peperiksaan di bawah kendalian kementerian akibat penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).

Walaubagaimanapun, penjadualan semula itu  hanya melibatkan peperiksaan di bawah kendalian kementerian tersebut dan penjadualan semula juga  dibuat setelah meneliti keadaan semasa serta memastikan semua kurikulum mata pelajaran tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan penting lain yang dijadual semula:

  1. Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Kolej Matrikulasi Sesi 2019/2020:
    Tarikh Asal: 30 Mac hingga 6 April, 2020
    Tarikh Pindaan: 27 April hingga 4 Mei, 2020
  2. Ujian Bertulis MUET Sesi 1/2020
    Tarikh Asal : 28 Mac 2020September 2020
    Tarikh Pindaan :05
  3. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
    Tarikh Asal: 4 Mei hingga 11 Mei, 2020
    Tarikh Pindaan: 3 Jun hingga 12 Jun, 2020
  4. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)
    Tarikh Asal: 4 April hingga 6 April, 2020
    Tarikh Pindaan: 27 April hingga 30 April, 2020
  5. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
    Tarikh Asal: 4 Mei hingga 21 Mei, 2020
    Tarikh Pindaan: 3 Jun hingga 18 Jun, 2020
  6. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
    Tarikh Asal: 4 Mei hingga 21 Mei, 2020
    Tarikh Pindaan: 3 Jun hingga 18 Jun, 2020
  7. Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)
    Tarikh Asal : 22 Jun, 2020 (KEKAL)
  8. Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) – Lisan
    Tarikh Asal: 2 Jun hingga 30 Jun, 2020 (KEKAL)
  9. Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) – Bertulis
    Tarikh Asal: 23 Jun hingga 25 Jun, 2020 (KEKAL)
  10. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
    Tarikh Asal : 1,2,3,7 dan 8 September 2020(KEKAL)
  11. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)- Pentaksiran Pusat(BahasaMelayu dan Bahasa Inggeris)
    Tarikh Asal : 28 September hingga 6 Oktober 2020
    Tarikh Pindaan 28 – 29 September 2020
  12. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) – Bertulis(UPSR)
    Tarikh Asal: 21, 22, 26 hingga 28 Okt, 2020 (KEKAL)
  13. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Bertulis
    Tarikh Asal : 05 hingga 14 Oktober 2020 (Fasa 1)
    Tarikh Asal : 02 hingga 19 November 2020 (Fasa 2)
    Tarikh Pindaan : 16 November hingga 07 Disember 2020
  14. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Bahasa Melayu 1104 dan Sejarah 1251
    Tarikh Asal : 02 dan 03 November 2020
    Tarikh Pindaan : 16 dan 25 November 2020
  15. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) – Semester 2*
    Tarikh Asal : 6, 12, 13 dan 14 Mei 2020
    Tarikh Pindaan : 18, 19, 23 dan 24 November 2020
  16. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) – Ulangan 1
    Tarikh Asal : 18, 19, 23 dan 24 November 2020
    Tarikh Pindaan : 25, 26, 30 November dan 1 Disember 2020
  17. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) – Semester 3
    Tarikh Asal : 03, 04, 05, 09 dan 10 November 2020(KEKAL)
  18. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) – Ulangan 2**
    Tarikh Asal : 25, 26, 30 November dan 1 Disember 2020
    Tarikh Pindaan : 15 hingga 18 Mac 2021

Nota :

* Peperiksaan STPM Semester 2 dianjakdari bulan Mei ke bulan November untuk memberi peluang sekolah menguruskan sukatan semester 2 yang tertinggal.

**Peperiksaan STPM Ulangan Semester 2 dianjak ke bulan Mac 2021.

Pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Covid-19 KPM di talian 03-8884 9383/ 8884 9325/ 8884 9401 dan 8888 6749

Peperiksaan di Jadualkan Semula Susulan PKP 1
Peperiksaan di Jadualkan Semula Susulan PKP 2

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

#StayAtHome

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More