Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tips Atasi Nyamuk Dengan 1 Jenis Perangkap Nyamuk Elektronik Shopee

Betul ke, hanya dengan 1 Perangkap Nyamuk Elektronik Shopee, masalah nyamuk dapat diatasi? Baca artikel ini!

Dalam keadaan dunia kita yang semakin berkembang maju ini, daripada segi teknologi, pembangunan dan mahupun sistem pembelajaran, kita masih tidak dapat lari daripada situasi di mana kewujudan makhlus halus yang mengganggu ketenteraman kita. Haaa jangan fikir yang bukan-bukan ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Makhluk halus yang saya maksudkan adalah nyamuk. Ya, nyamuk ni nak diceritakan, meskipun ia bersaiz kecil molek, tetapi kita tidak boleh memandang remeh akan kewujudan makhluk ini. Sudah banyak kes-kes maut yang terjadi disebabkan nyamuk. Benarlah kata orang-orang tua, kecil-kecil cili padi. Memang kenalah dengan nyamuk ini.

Disebabkan makhluk yang kecil ini, bukan saya, bukan anda dan bukan Pak Mail sahaja yang mengalami masalah berkaitan nyamuk ini. Betul bukan, disebabkan kewujudan nyamuk ini, kehidupan kita seringkali tidak tenteram lebih-lebih lagi pada waktu malam. Saya jamin, dengan penggunaan perangkap nyamuk elektronik shopee ini, anda dapat atasi hal ini. Memang tidak dapat dibayangkan berapa banyaknya bilangan mereka. Tengah seronok tonton televisyen, kena gigit. Tengah sedap menikmati makanan, nyamuk datang hisap darah. Sampaikan, tengah nak buang air besar pun dia datang mengganggu. Memang tidak aman hidup dibuatnya.

Jadi, anda semua bertuah kerana pada kali ini akan saya ceritakan kepada anda berkaitan satu peralatan perangkap nyamuk elektronik shopee yang baru-baru ini boleh dikatakan agak viral di media sosial. Katanya, dengan hanya menggunakan satu peralatan ini sahaja, masalah nyamuk yang banyak itu dengan mudah kita atasi. Nak tahu lebih lanjut? Baiklah sebelum itu mari kita kenal terlebih dahulu jenis-jenis nyamuk yang kebiasaanya kita jumpai.

Jenis-jenis Nyamuk Yang Umum

Sedar atau tidak, kita hanya tahu nyamuk itu wujud, tetapi tidak tahu nama atau jenis nyamuk yang datang menyerang lalu menyedut darah kita. Haaa itu adalah antara salah satu kesalahan kita sebab dengan mengetahui nama dan jenis nyamuk, kita mampu mencari cara bagi mengurangkan jumlahnya di kawasan persekitaran rumah kita.

  • Nyamuk Aedes

-Nyamuk yang seringkali kita dengar dan sedar akan bahayanya jenis nyamuk ini adalah nyamuk aedes. Nyamuk ini adalah antara yang paling berbahaya kerana boleh membawa maut. Banyak kes-kes nyamuk aedes yang berlaku lebih-lebih lagi di kawasan yang mempunyai populasi penempatan yang tinggi. Ciri fizikal yang dapat kita perhatikan adalah nyamuk aedes ini mempunyai bintik-bintik putih pada badannya yang hitam.

  • Nyamuk Anopheles

-Nyamuk Anopheles lebih dikenali sebagai nyamuk tiruk atau nyamuk Malaria oleh majoriti rakyat Malaysia kerana bentuk dan saiznya. Nyamuk ini kebiasaannya akan membiak di hutan dan seringkali tertumpu di kawasan yang berair dan berpaya. Ciri bagi nyamuk tiruk ini adalah berlainan dengan aedes kerana badannya yang berwarna kekuningan dan saiz yang lebih kecil. Nyamuk jenis ini selalu menyerang manusia bermula senja sehinggalah ke malamnya. Haaa yang selalu gigit tuan-tuan dan puan-puan adalah nyamuk jenis ini ya. Letakkan perangkap nyamuk elektronik shopee di kawasan yang terdedah.

  • Nyamuk Culex

-Nyamuk Culex ini merupakan nyamuk rumah yang seringkali akan mengeluarkan bunyi apabila hendak datang ke pemangsa. Bagi nyamuk culex betina, mereka perlukan darah bagi memproduksi telur mereka dan membiak di kawasan yang agak kecil dan tersorok. Kebiasannya, mereka akan lebih aktif di cuaca yang panas dan lemah dalam cuaca yang dingin. Nyamuk ini juga bahkan mampu membawa penyakit seperti filariasis.

  • Nyamuk Culiseta

-Meskipun nyamuk culiseta ini seringkali berada di kawasan beriklim dingin seperti Australia, bentuk tubuhnya yang ramping amatlah mirip dengan nyamuk jenis Culex. Beza mereka dapat kita lihat pada antena mereka. Untuk makluman, nyamuk jenis ini seringkali menyerang haiwan yang dalam kategori vertebrata seperti kucing, tikus dan burung. Mereka juga turut menyerang manusia, akan tetapi hingga kini masih belum ada bukti yang menunjukkan nyamuk jenis ini membawa penyakit.

Cara Umum Menghapuskan atau Mengatasi Nyamuk

Bagi mengatasi masalah nyamuk ini, banyak sebenarnya cara atau tips yang boleh kita lakukan. Segala kaedah yang ada hendaklah disesuaikan dengan keadaan rumah atau kawasan sekeliling anda. Berikut merupakan antara cara yang seringkali masyarakat gunakan tidak kira sama ada bagi mereka yang berada di persekitaran kampung mahupun bandar.

  • Penggunaan Jaring Nyamuk

-Jaring nyamuk ni kan, boleh dikatakan antara langkah mesra alam bagi mengatasi nyamuk kerana hanya meletakkan jaring ini di tingkap-tingkap bilik, tandas dan rumah. Langkah ini bahkan tidak menggunakan langsung sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan lebih-lebih lagi kepada anak kecil. Ruang-ruang kecil antara jaring nyamuk ini menyukarkan nyamuk dari luar rumah masuk ke dalam. Tetapi, bagaimana pula dengan nyamuk yang sudah sedia ada di dalam rumah?

  • Penggunaan tumbuh-tumbuhan atau bahan-bahan herba

-Kaedah ini memang kedengaran agak pelik, tetapi percayalah ianya jugak berkesan bagi mengatasi masalah nyamuk ini. Antara bahan-bahan herba yang dimaksudkan adalah seperi cengkih, bawang putih, lada dan juga kulit kayu manis. Caranya amatlah mudah. Anda hanya perlu merendamkan bahan-bahan ini semalaman bagi mendapatkan air yang pekat di dalam sesuatu bekas mengikut kehendak anda. Air ini kemudiannya disembur atau dipercikkan ke kawasan-kawasan yang bertakung atau terdedah kepada nyamuk. Perkara ini dapat diamalkan setelah antara mencuci kawasan persekitaran luar dan dalam rumah.

  • Perangkap Nyamuk DIY

– Percaya atau tidak, kita juga boleh mencipta perangkap nyamuk yang tersendiri mengikut kreativti kita sendiri. Banyak petua yang telah diturnkan oleh nenek moyang kepada generasi seterusnya. Antaranya adalah memerangkap nyamuk dengan pinggan. Isikan pinggan tersebut dengan minyak(minyak masak) dan biarkan semalamam. Lihatlah, keesokan paginya anda akan dapati nyamuk yang berkumpul dalam pinggan tersebut. Untuk dapatkan lebih lanjut maklumat mengenai idea bagi DIY perangkap nyamuk, bolehlah tekan link di sini.

  • Ubat Nyamuk Tradisional

-Ini merupakan kaedah yang agak popular dalam kalangan masyarakat zaman terdahulu kerana baunya yang disebarkan apabila lingkaran ini dibakar akan menghalau nyamuk. Terdapat banyak jenis dan jenama yang boleh didapati di pasaran pada zaman sekarang. Antara jenama yang popular adalah Fumakilla, Baygon dan Zenden. Tetapi, penggunaan lingkaran nyamuk ini perlulah diberikan perhatian kerana bahan kimia yang berbahaya mampu merisikokan kesihatan anda sekeluarga. Pastikan ketika menyalakan lingkaran ubat nyamuk ini, kedudukannya hendaklah diletakkan agak jauh daripada langsir, pakaian mahupun peralatan yang mudah terbakar.

  • Perangkap Nyamuk Elektronik

-Disebabkan dunia zaman sekarang yang semakin maju, lebih banyak idea dan inovasi telah dibuat bagi memudahkan urusan kehidupan seharian manusia. Begitu jugalah dengan ubat nyamuk ini. Telah banyak ubat nyamuk elektronik yang dicipta dalam pelbagai bentuk, warna dan jenama semata-mata bagi mengatasi isu nyamuk ini. Ubat nyamuk elektronik ini dikatakan lebih berkesan berbandaing cara-cara yang sebelumnya dinyatakan. Bukan itu sahaja, bahkan ubat nyamuk elektronik dikatakan lebih selamat untuk digunakan. Kita hanya perlu mencucuk ubat nyamuk elektronik ini ke mana-mana sambungan elektrik, dibiarkan beberapa minit dan kemudiannya ia akan berfungsi.

Haaa sudah tahu bukan cara dan jenis peralatan yang digunakan bagi mengatasi kes nyamuk yang boleh dikatakan agak penting meskipun ramai yang tidak mengambil kisah berkaitan hal ini. Akan tetapi, dalam artikel ini akan saya fokuskan berkaitan perangkap nyamuk elektronik shopee yang diviralkan baru-baru ini di media sosial. Kenapa dengan alat ini? Nak tahu lebih lanjut, sila baca sambungan di bawah.

Perangkap Nyamuk Elektronik Shopee

Pernah atau tidak anda mendengar berkaitan peralatan perangkap nyamuk elektronik shopee? Alat ini dinamakan sebegitu kerana banyak jenis dan bentuk yang boleh didapati di Shopee, iaitu kedai atas talian yang terkenal dalam kalangan masyarakat zaman sekarang. Tuan-tuan dan puan-puan amatlah digalakkan bagi membeli alatan ini mengikuti bajet dan kehendak anda yang sesuai dengan persekitaran di kawasan rumah anda.Perlu dilihat juga cara penggunaan perangkap nyamuk ini agar anda tidak salah dalam mengendalikannya.

Secara umumnya, terdapat dua contoh model bagi perangkap nyamuk elektronik shopee ini iaitu:

  • Model Contoh 1

*GAMBAR INI MERUPAKAN CONTOH SAHAJA. UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN HARGA, KUALITI DAN DETAIL-DETAIL PRODUK INI, SILA TEKAN LINK KEDAI SHOPEE INI*-

-Seperti yang saya katakan, model dan bentuk alat perangkap nyamuk ini bergantung kepada modal dan bajet anda. Maklumlah, lebih tinggi harganya, lebih banyak fungsi-fungsi yang tersedia. Seperti yang dapat tuan-tuan dan puan-puan perhatikan, terdapat satu bekas yang berada di bawah alat ini. Di bahagian bawahnya adalah kipas, manakala di bahagian atas adalah lampu yang akan dinyalakan. Tujuannya adalah bagi memerangkap nyamuk di dalam rumah atau bilik anak-anak anda di dalam bekas tersebut. Jangan risau, kerana apabila nyamuk terperangkap, ia sudah tidak selamat lagi. Katakan selamat tinggal kepada nyamuk-nyamuk di rumah anda.

  • Model Contoh 2

*GAMBAR INI MERUPAKAN CONTOH SAHAJA. UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN HARGA, KUALITI DAN DETAIL-DETAIL PRODUK INI, SILA TEKAN LINK KEDAI SHOPEE INI*

-Perangkap nyamuk elektronik shopee ini berbentuk lengkung dan mengeluarkan cahaya lampu yang berupaya untuk menarik perhatian nyamuk yang berada dalam rumah anda. Penggunaannya amatlah disarankan pada waktu malam sahaja. Apabila menyalakan suis bagi alat ini, anda digalakkan untuk tidak membuka lampu bilik ketika tidur kerana ianya akan mengganggu cahay daripada perangkap ini. Dengan menggunakan alat ini, tidur malam anda akan dijamin berkualiti tanpa gangguan daripada nyamuk yang sedap-sedap datang nak menghisap darah anda. Keputusan di tangan anda.

Tips Menggunakan Perangkap Nyamuk Elektronik Shopee

Haaa tuan-tuan dan puan-puan, adalah menjadi suatu kesalahan besar jikalau anda hanya tahu membeli, tetapi tidak tahu beberapa tips penggunaan alat ini. Ikuti tips di bawah agar penggunaan peralatan perangkap nyamuk elektronik shopee ini semakin berkesan.

  1. Memastikan alatan ini digunakan melebihi tempoh selama 48 jam sama ada di kawasan bilik ataupun ruang tamu. Mengikut kehendak anda.
  2. Alatan ini hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya 1 meter daripada atas tanah bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.
  3. Bagi meningkatkan keberkesanan untuk memerangkap nyamuk, anda haruslah menyalakan peranti ini di dalam kawasan yang gelap atau rendah pencahayaanya. Jikalau tidak, sikitlah bilangan nyamuk yang akan tertangkap.
  4. Dalam anggaran 1 hingga 2 hari, tuan-tuan dan puan-puan hendaklah mencuci kotak storan nyamuk ini. Dalam erti kata lain, nyamuk-nyamuk yang sudah mati di malam hari hendaklah dibuangkan keesokan harinya dan digunakan semula.
  5. Jangan membiarkan anak kecil anda bermain dengan alat ini. Meskipun tidak berbahaya, akan tetapi kita tidak tahu bagaimana corak pemikiran anak-anak kecil ini.

Feedback Positif

(Respon 1)

-Seorang suri rumah, tinggal di kawasan Johor

*”Penggunaan alatan ini memberi nafas lega kepada saya kerana tidak lagi perlu risaukan keadaan anak saya pada waktu malam. Kulit anak saya ni agak sensitif dengan gigitan nyamuk”

(Respon 2)

-Review daripada seorang youtuber

*”Setelah beberapa hari, dapat kita perhatikan banyak nyamuk yang terperangkap di dalam bekas ini”.

(Respon 3)

-Pelajar Institut Pengajian Awam

*”Alhamdulillah, penggunaan alat ini sangat membantu saya untuk berjaga malam tanpa gangguan gigitan nyamuk”.

Kelebihan/Keburukan Perangkap Nyamuk Elektronik Shopee

POSITIF

Tidak menggunakan banyak elektrik

Penggunaan 2 in 1

(Lampu tidur dan perangkap nyamuk)

NEGATIF

Ada sesetengah jenis model yang mengeluarkan bau yang agak kurang menyenangkan

PENUTUP

Haaa macam mana tuan-tuan dan puan-puan sekalian? Berkesan atau tidak, anda yang menentukannya. Saya hanya berkongsi sekadar yang saya tahu untuk kebaikan kita bersama. Jadi tunggu apa lagi? Mari lah kita membeli perangkap nyamuk elektronik shopee ini kerana harganya amatlah berpatutan dan berbaloi. Janganlah hanya kerana sayangkan duit, keselamatan persekitaran di rumah anda menjadi galang gantinya.

Apa-apapun, stay at home and stay safe!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More