Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Perdana Menteri Malaysia Ke-10: Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Kami akan kongsikan sedikit maklumat terkini dan biodata perdana menteri Malaysia yang ke-10 iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Isi Kandungan

Pelantikan Perdana Menteri Malaysia Ke-10

Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 pada 24 November 2022.

lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri Ke-10 telah berlangsung pada jam 5 petang di lstana Negara.

YDP Agong berkenan mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu mengenai proses pelantikan Perdana Menteri baharu pada pagi 24 November tersebut.

Yang di-Pertuan Agong telah perkenan melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan dalam Perkara 40 (2)(A) dan Perkara 43 (2)(A) Perlembagaan Persekutuan.

Rujuk kenyataan penuh Media Istana Negara pada 24 November 2022 untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan pelantikan Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

  • Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan anak jati Bukit Merajam Pulau Pinang, calon PH bagi kerusi Parlimen P63 Tambun pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, dimana beliau telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti undi 3,736.
  • Mengimbau kembali pendidikan awal beliau yang bersekolah rendah di Bukit Mertajam Boys School, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966 dan selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam pengajian Melayu (Sastera).
  • Bercerita mengenai perjalanan politik, beliau disebut-sebut sebagai ‘anak didik’ Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Mahathir yang lantang bersuara.
  • Beliau pernah dilantik menjadi presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dari tahun 1968 hingga 1971.
  • Kemudian beliau merupakan pengasas bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).
  • Anwar kali pertama dipenjara di Kamunting, Perak selama 20 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam gerakan pelajar pada tahun 1974 selepas mengetuai demostrasi pelajar terhadap kemiskinan dan kelaparan di kawasan luar bandar.
  • Selepas keluar dari tirai besi, Anwar mengambil keputusan mengejut menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) diketuai Tun Mahathir selaku Perdana Menteri sejak 1981.
Perdana Menteri Malaysia Ke-10: Dato' Seri Anwar Ibrahim 1
Perdana Menteri Malaysia

Biodata Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Berikut adalah biodata ringkas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Nama SebenarAnwar bin Ibrahim
Lahir10 Ogos 1947
AsalBukit Mertajam, Pulau Pinang
Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke-1024 November 2022
Pendidikan TinggiSarjana Muda Pengajian Melayu di Universiti Malaya
Latar Belakang Pendidikan1. Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera) (1967)
2. Dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University
3. Anugerah Presiden oleh Georgetown University
4. Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (1960-1966)
Jawatan Dalam KerajaanApril 1982: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Jun 1983: Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
Julai 1984: Menteri Pertanian
Mei 1986: Menteri Pendidikan
Mac 1991: Menteri Kewangan
Disember 1993: Timbalan Perdana Menteri
Mei 1997: Pemangku Perdana Menteri & Menteri Dalam Negeri
Wakil Rakyat1982 – 1995: Ahli Parlimen Permatang Pauh (UMNO)
1998 – 1999: Ahli Parlimen Permatang Pauh (Bebas)
2008 – 2015: Ahli Parlimen Permatang Pauh (PKR)
2018 – 2022: Ahli Parlimen Port Dickson (PKR-PH)
Sejak PRU15 (2022): Ahli Parlimen Tambun (PKR-PH)
Politik29 Mac 1982: Menyertai UMNO
8 Ogos 1982: Pengerusi UMNO Bahagian Permatang Pauh
9 September 1982: Ketua Pemuda UMNO
24 April 1987: Naib Presiden UMNO
21 Oktober 1993: Timbalan Presiden UMNO
September 1998: Dipecat Daripada UMNO & Dilantik Sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
28 Ogos 2008: Dilantik Sebagai Ketua Pembangkang Di Parlimen
8 April 2015: Ketua Umum PKR
2018: Presiden PKR
Sejak 2020: Pengerusi Pakatan Harapan
Penglibatan Dalam Badan Bukan Kerajaan Dan Organisasi Antarabangsa1980 – Kini: Pengasas dan Pengerusi Emeritus Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT)
2006 – 2008: Pensyarah Jemputan Georgetown University, Washington DC
2006: Felo Pelawat John Hopkins University, Washington DC
1997 – 1998: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia
1988 – 1991: Pengerusi Jawatankuasa Pengarah dan Presiden Majlis Umum Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Paris
1983 – 1998: Canselor dan Presiden University Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
1972 – 1982: Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
1973 – 1976: Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
1973: Penasihat Majlis Belia Kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
1971: Pengasas dan Pendidikan Yayasan Anda Akademik
Pengiktirafan2017 – 2022: Tokoh Muslim Berpengaruh Dunia oleh The Royal Islamic Strategic Centre, Jordan
1996: Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh AsiaMoney
1993: Menteri Kewangan Terbaik Dunia oleh EuroMoney
Perdana Menteri Malaysia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More