Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Perkara Yang Tidak Ramai Rakyat Malaysia Ketahui Mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin Official PM Malaysia ke-8

Perkara Yang Tidak Ramai Rakyat Malaysia Ketahui Mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin PM Malaysia ke-8

Perkara Yang Tidak Ramai Rakyat Malaysia Ketahui Mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin PM Malaysia ke-8

Tanggal 1 Mac 2020, rakyat Malaysia telah menerima seorang Perdana Menteri yang baru menggantikan Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Perdana Menteri Malaysia yang kelapan tersebut ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, pada 1 Mac 2020 jam 10.30 pagi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik oleh Yang Dipertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah mempertimbangkan suara majoriti ahli parlimen Malaysia.

Saya berharap seluruh rakyat Malaysia boleh menerima keputusan Istana Negara hari ini. Saya sangat berterima kasih kepada Allah Swt yang mengizinkan saya menggalas tanggungjawab sebagai PM Malaysia ke-8,” ujar Muhyiddin, kemarin.

Ramai tidak mengetahui bahawa ayahanda beliau Haji Muhammad Yassin bin Muhammad merupakan seorang Ulama Besar yang berketurunan Bugis yang bermukim di Muar, Johor Darul Ta’zim. Manakala ibunya berketurunan Jawa.

Najwa Mahiaddin penyanyi tanah air yang popular dengan lagu Got To Go juga merupakan anak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najwa Mahiaddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin lahir di Muar, Johor, Malaysia pada tanggal 15 Mei 1947.

Berikut adalah biodata ringkas mantan Menteri Dalam Negeri Malaysia ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) tersebut, yang diolah dari berbagai sumber.

Nama: Tan Sri Mahiaddin Md Yasin (Muhyiddin Yassin)
Isteri: Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
Tarikh Lahir: 15-05-1947
Tempat Lahir: Muar, Johor Darul Tak’zim
Nama Anak: 1. Fakhri Yassin 2. Nabilah 3. Najwa 4. Farhan Yassin

YPerkara Yang Tidak Ramai RakyatTan Sri Muhyiddin Yassin bersama keluarga

Pendidikan:
B.A. (Hons) (Economics & Malay Study) Universiti Malaya (UM)

Politik:
Anggota Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978

Kerjaya :

1970 – Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

1974 – Penolong Pegawai Daerah Muar

1978 – Pertama kali dipilih menjadi wakil rakyat apabila memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada pilihan raya umum kelima

1981 – Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negeri

1982 – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

1983 – Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri

1986-1995 – Menteri Besar Johor ke-13

1995-1999 – Menteri Belia dan Sukan

1999 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

2004-2006 – Menteri Pertanian

2006-2008 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

2009-2013 – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan

2015 – Dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri (UMNO-BN)

2016 – Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO

Ogos 2016 – Asaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dilantik sebagai Presiden

2018 – Presiden, Pakatan Harapan Negeri Johor

– Menteri Dalam Negeri (di bawah kerajaan Pakatan Harapan)

2020 – Dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu Perkara Yang Tidak Ramai Rakyat Malaysia Ketahui Mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin PM Malaysia ke-8 memberikan manfaat kepada anda semua. Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More