Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Perkhidmatan MyBayar myGov Xchange

myGovXchange ialah Gerbang Serahan dan Bayaran Online Kerajaan utama kepada maklumat dan perkhidmatan agensi Kerajaan Malaysia menerusi atas talian. Inisiatif myGovXchange dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

MAMPU, adalah sebuah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk memperkenalkan perubahan pentadbiran di sektor awam untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan keutuhan Perkhidmatan Awam Malaysia selaras dengan matlamat negara.

Portal myBayar menyediakan kemudahan untuk membantu mereka yang memerlukan. Ini untuk memenuhi matlamat W3C: Web Accessibility Initiative (WAI) yang mana untuk menjadikan portal boleh dicapai oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.

Isi Kandungan

Perkhidmatan MyBayar

Terdapat 3 perkhidmatan yang boleh dilakukan melalui MyBayar ini antaranya adalah:

  • Bayaran Ansuran Bulanan Insolvensi
    • Agensi = Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl)
  • Bayaran Majlis Pergigian Malaysia
    • Agensi = Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Bayaran Sewaan Rumah Awam
    • Agensi = Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS)

Langkah Penggunaan

Antara langkah – langkah untuk menggunakan MyBayar ini adalah seperti berikut:

  • Anda perlu mendaftar di Portal myGovXchange
  • Tekan myBayar
  • Pilih dan Daftar Perkhidmatan
  • Semak Bil / Penyata
  • Lihat / Bayar bil
  • Semak Rekod Pembayaran

perkhidmatan

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat yang lebih lanjut , sila hubungi pihak yang bertugas:

Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pergurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri,
Blok B,
Bangunan MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.

  • Tel : 603-8000 8000
  • Faks : 603-8000 8001
  • SMS : 603-8000 8000
  • Email : [email protected]

Artikel lain: 11 Bantuan JKM

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More