Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan i-Fitri 2022

Permohonan Bantuan i-Fitri 2022 yang merupakan bantuan di bawah kerajaan negeri Terengganu yang telah diumumkan awal tahun ini, telahpun dibuka.

Permohonan Bantuan i-Fitri 2022

Isi Kandungan

Bantuan i-Fitri 2022

Bantuan dana Hari Raya Aidilfitri ini telah diumumkan kerajaan negeri Terengganu pada bulan Januari yang lalu. Bantuan i-Fitri akan memberi manfaat kepada lebih daripada 115,000 penerima dari kalangan keluarga B40 dan sebahagian golongan M40, bagi membantu mereka dalam membuat persiapan menyambut bulan Syawal kelak.

Kategori Bantuan i-Fitri 2022

Bantuan i-Fitri ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

  1. Kategori A : Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500
  2. Kategori B : Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000

Jumlah Bantuan i-Fitri

Bantuan akan diberi mengikut kategori keluarga:

  1. Kategori A : RM400 setiap keluarga
  2. Kategori B : RM250 setiap keluarga

Tarikh Bantuan i-Fitri Dibayar

Bantuan i-Fitri yang bernilai RM56 juta ini bakal dibayar kepada lebih kurang 148,700 ketua isi rumah yang layak di negeri Terengganu bermula 17 hingga 23 April 2022.

Permohonan Bantuan i-Fitri 2022

Permohonan bagi bantuan ini telahpun dibuka mulai hari ini, 22 Mac 2022 dan akan tamat pada 31 Mac 2022.

Syarat Permohonan

Syarat-syarat untuk permohonan Bantuan i-Fitri 2022 boleh dimuat turun di sini:

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online di ibantuan.terengganu.gov.my

Anda boleh muat turun manual penggunaan sistem ini di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) atau hubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN berdekatan anda.

Muat Turun Maklumat PIC Khas Bantuan i-Fitri:

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More