Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Kit Makanan Keluarga B40 Dikuarantin W.P Labuan

Disebabkan wabak COVID-19 semakin meningkat di seluruh dan orang ramai yang dikuarantinkan semakin bertambah, Perbadanan Labuan mewujudkan inisiatif Bantuan Kit Makanan ini bagi membantu golongan B40 di Wilayah Persekutuan Labuan yang sedang dikuarantin.

Bantuan ini diharap dapat membantu mereka daripada golongan B40 dalam aspek bantuan makanan ketika mereka sedang dikuarantin. Permohonan bantuan ini telah dibuka kepada orang ramai mulai 26 Mei 2021 iaitu pada hari Rabu.

Isi Kandungan

Syarat Permohonan

Bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini, mereka perlu memenuhi syarat-syarat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Keluarga daripada golongan B40
  3. Keluarga tersebut terjejas akibat kuarantin
  4. Permohonan mestilah dibuat daripada Keluarga Isi Rumah (KIR)

Permohonan Bantuan Kit Makanan Keluarga B40 Dikuarantin W.P Labuan

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Pemohon perlu membuat panggilan ditalian 087-408758.
  2. Selepas panggilan disambungkan, maklumkan kepada urusetia mengenai permohonan Bantuan Kit Makanan.
  3. Berikan maklumat yang diperlukan kepada pihak urusetia.
  4. Pemohon yang layak akan menerima bantuan ini yang disalurkan terus ke rumah pemohon.

Perlu diambil perhatian bahawa panggilan hanya boleh dibuat mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang sahaja.

Soalan Lazim

  1. Jika pemohon bukan daripada warganegara Malaysia, adalah pemohon boleh membuat permohonan Bantuan Kit Makanan ini?

    Tidak. Hanya pemohon daripada warganaegara Malaysia sahaja boleh memohon bantuan ini.

  2. Adakah bantuan ini diberikan hanya kepada B40 yang sedang dikuarantin?

    Ya. Bantuan ini hanya diberikan kepada keluarga B40 yang sedang dikuarantin.

  3. Apakah jenis bantuan yang disalurkan melalui Bantuan Kit Makanan ini?

    Bantuan yang disalurkan melalui Bantuan Kit Makanan ini adalah bantuan makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung, dan lain-lain lagi.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi Hotline Perbadanan Labuan ditalian 087-408758 atau melayari https://www.pl.gov.my/.

Artikel lain: Permohonan DanaNITA MARA Skim Pembiayaan Perniagaan Wanita

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More