Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini boleh membuat permohonan untuk bantuan pelajar terbaharu daripada Yayasan Johor Corporation (JCorp) iaitu Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp.

Yayasan JCorp berperanan dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawab korporat kepada orang ramai terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan & keusahawanan di kalangan pelajar sekolah dan IPT seluruh Malaysia.

Salah satu program bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh Yayasan JCorp ialah Bantuan Pendidikan Pelajar IPT bagi bantuan persediaan kemasukan awal ke IPT dalam bentuk kewangan.
Permohonan Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp

Isi Kandungan

Tahap Pengajian

Tahap pengajian yang ditawarkan melalui Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp adalah seperti berikut:

  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan JCorp perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Permohonan bantuan ini adalah kali pertama (sekali Sahaja).
  3. Pendapatan isi rumah keluarga pemohon:
    i) Purata pendapatan isi rumah RM800 dan ke bawah dengan mengambil kira tanggungan anak yang masih belajar di bawah 22 tahun, Ibu Bapa yang tidak bekerja dan anak OKU; atau
    ii) Pendapatan Ibu Bapa di bawah RM4,000 (B40).
  4. Menyambung pengajian di IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  5. Tawaran pengajian adalah sepenuh masa sahaja.
  6. Setiap dokumen yang disertakan perlu disahkan oleh pihak yang diberi kuasa.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan pendidikan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web Yayasan JCorp di pautan http://www.yayasanjcorp.com.my/.
  2. Di bahagian Permohonan Bantuan Pendidikan untuk klik di perkataan ‘Pautan.’
  3. Isi maklumat diri dan klik butang ‘Next.’
  4. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ pada akhir paparan permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik dalam permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan MyKad pemohon
  2. Salinan Slip Gaji/Penyata Pendapatan ibu & bapa/penjaga
  3. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT
  4. Salinan Keputusan Peperiksaan terkini IPT (jika ada)
  5. Resit pembayaran Yuran kepada IPT

Soalan Lazim

  1. Jika ibu bapa saya mempunyai pendapatan sebanyak RM4,500, adakah saya layak memohon bantuan pendidikan ini?

    Tidak. Syarat permohonan untuk Bantuan Pendidikan Pelajar IPT ialah pendapatan ibu bapa mestilah di bawah RM4,000.

  2. Saya menyambung pengajian saya di peringkat sijil, adakah saya layak memohon?

    Layak. Pemohon yang menyambung pengajian di peringkat persijilan layak memohon untuk Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan IPT.

  3. Adakah saya perlu membuat pengesahan dokumen sokongan yang perlu dihantar?

    Ya. Pemohon perlu mendapat pengesahan dokumen sokongan oleh pihak yang diberi kuasa.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp boleh menghubungi talian 07-2192692 atau menghantar email [email protected]

Artikel lain: Cara Penebusan Bantuan Jaringan RM180 dan RM300

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More