Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazaar Ramadhan

Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) untuk membantu penjaja kecil dan peniaga bazar Ramadan yang berdaftar bagi tahun 2021.

Skim ini bertujuan membantu peniaga bazar Ramadan yang ingin berniaga tetapi tiada modal pusingan yang mencukupi. Mereka yang memerlukan boleh mohon melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).

mohon

Isi Kandungan

Jumlah Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR)

Skim ini menawarkan pembiayaan modal pusingan antara RM1,000 hingga RM3,000 untuk peniaga ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu yang berdaftar.

Syarat Pembiayaan

Pinjaman Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) ini perlu dibayar semula kepada YPU sebelum 31 Syawal.

Dalam hal ini, YPU yakin peniaga mampu membayarnya semula dalam tempoh tersebut kerana telah mendapat wang pusingan modal dan keuntungan hasil perniagaan sepanjang Ramadan.

Cara Permohonan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR)

Mereka yang berminat boleh menghubungi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) atau Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu untuk maklumat lanjut.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web www.ypu.com.my untuk download borang pembiayaan atau hubungi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu di talian 096242424 (bahagian pembiayaan) untuk maklumat lanjut.

Artikel lain: Tahap Perkembangan Anak Umur 2 tahun

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More