Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Subsidi Upah 3.0 RM600 Seorang

Bantuan subsidi upah 3.0 di bawah program pemerkasa seperti yang diumumkan oleh Perdana menteri malaysia baru-baru ini iaitu pada bulan mac 2021, bantuan perkeso untuk 37 ribu majikan diberikan di mana melibatkan 400 ribu pekerja di Malaysia. Permohonan sudah boleh dibuat pada laman sesawang rasmi PERKESO.

Kali ini, Anda sebagai majikan akan dapat RM600 sahaja (maksimum) setiap bulan selama 3 bulan untuk bulan April, Mei dan Jun. Bantuan Subsidi Upah Perkeso PSU 3.0 ini akan diteruskan melibatkan beberapa industri pks dan sme yang terkesan disbealik PKP dan PKPB termasuk gym (gimnasium), urutan dan rawatan spa, pelancongan termasuk hotel, perniagaan borong dan runcit.

Isi Kandungan

Syarat Kelayakan Senarai Majikan Yang Lulus

Bagi membuat permohonan Program Subsidi Upah psu dari perkeso, ini adalah syarat kelayakan majikan dan pekerja :

  1. Penurunan pendapatan sebanyak 50 peratus yang dialami oleh majikan.
  2. Pekerja yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah dan telah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
  3. Selepas pelaksanaan program ini, majikan mesti memastikan pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan tidak dibuang kerja.
  4. Gaji pekerja sedia ada tidak dibenarkan dipotong oleh majikan.

Senarai Dokumen Penting

Permohonan skim program program subsidi upah dari perkeso ini, anda sendiri boleh ingatkan kepada majikan anda untuk menyediakan beberapa dokumen penting seperti di bawah ini. Bukan untuk siapa, untuk faedah kepada kepada anda juga. Antaranya ialah :

  1. Perlu bagi senarai nama pekerja di syarikat (maksimum yang dibenarkan adalah hanya 200 orang pekerja sahaja untuk setiap syarikat)
  2. Sediakan muka hadapan akaun bank majikan anda
  3. Satu COPY untuk pendaftaran panel bank majikan ataupun nama lain 11
    mycoid
  4. Akuan Pengisyitharan PSU50 form
  5. Salinan pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) atau salinan ROS atau salinan ROB (registeration of Business)
  6. Segala jualan dan pendapatan termasuk penyata kewangan telah pun mendapat pengesahan

Cara Memohon Program Subsidi Upah 3.0

Melalui laman web PERKESO, majikan perlu kemukakan permohonan psu bagi pihak pekerja untuk bantuan kewangan.

  • Bantuan program subsidi upah 3.0 perkeso ini akan diterima oleh pekerja.
  • Sila layari laman web rasmi mereka atau e mel ke [email protected] untuk maklumat lanjut anda boleh layari, https://prihatin.perkeso.gov.my/
  • Jika anda anda sebarang persoalan, boleh membuat semakan terlebih dahulu senarai soalan lazim yang sering ditanya oleh orang ramai berserta jawapannya (BACA SINI FAQ PERKESO)

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran bantuan perkeso untuk majikan adalah seperti berikut :

  • Bayaran program subsidi upah perlu dikreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO
  • Bagi pekerja yang lulus program di bawah insentif subsidi upah dari agensi perkeso malaysia ini, pelaksanaan bayaran adalah melalui majikan.

permohonan

Senarai Tak Layak Mohon Wage Subsidy Program

Jika anda tersenarai daripada 10 kumpulan yang tersenarai di bawah ini, anda sama sekali tidak layak permohonan psu di bawah program subsidi upah 3.0 perkeso ini. Antaranya ialah:

  1. Baik majikan anda mahupun diri anda sendiri tidak pernah sama sekali daftar program eis perkeso
  2. Gaji anda sebagai pekerja sudah pun melebihi RM4,000 sebulan
  3. Anda telah pun kena berhenti kerja
  4. Anda tidak bekerja dengan mana-mana majikan, anda bekerja sendiri atau freelancer
  5. Anda merupakan pekerja asing di Malaysia

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-4264 5555 / 03-8091 5100 / 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected]

Artikel lain: Biasiswa Sagong Tasi

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More