Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Warga Emas RM500

Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 adalah satu inisiatif kerajaan dalam membantu golongan warga emas khususnya dalam meneruskan hidup terutama ketika pandemik COvid-19 ini melanda.

Permohonan Bantuan Warga Emas RM500

Dalam Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua dinaikkan daripada RM350 yang diberikan sebelum ini.

Ini bermakna, pada tahun 2021, orang tua atau warga emas yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 seorang.

Bantuan untuk warga emas di Malaysia diuruskan oleh JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.

Tujuan bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Selain daripada bantuan ini, anda juga mungkin boleh mohon  Bantuan EIS Perkeso RM600 Bagi Kehilangan Pekerjaan kepada yang hilang pekerjaan dan terkesan dengan pakdemik ini.

Permohonan Bantuan Warga Emas RM500

Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas

Ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh golongan Orang tua atau warga emas yang ingin membuat permohonan seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal di:

-Institusi kendalian JKM; atau

– Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma

  1. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Permohonan Bantuan Warga Emas

Untuk membuat permohonan bantuan ini, pemohon perlu mendaftar melalui atas talian iaitu:

  1. Layari laman web: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp.
  2. Klik pada butang ‘Daftar Permohonan.’
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.
  4. Setelah selesai, klik butang ‘Daftar.’
  5. Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk melalui link http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/directory&id=UzlRTjkxUVFUa2Q5a0hFVm1UQXZuUT0.
  6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Soalan Lazim Bantuan Warga Emas

  • Jika saya sudah berumur 65 tahun, adakah saya layak memohon Bantuan Warga Emas?

Boleh, namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

  • Adakah warga emas yang tinggal di Rumah Jagaan Orang Tua layak untuk memohon bantuan ini?

Tidak. Bantuan ini diberikan hanya untuk warga emas yang tinggal di dalam komuniti dan bukannya di bawah mana-mana pusat jagaan.

  • Adakah warga emas yang bukan warganegara Malaysia layak memohon bantuan ini?

Tidak. Bantuan ini hanya diperuntukkan kepada warga emas warganegara Malaysia sahaja.

  • Jika saya sudah memohon secara atas talian namun tidak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk menyerahkan dokumen, adakah permohonan saya akan diterima?

Tidak. Pemohon mesti menghantar dokumen yang diperlukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran untuk proses verifikasi.

Maklumat Lanjut 

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

No Tel: 03-8000 8000

Diharapkan perkongsian berkaitan bantuan warga emas ini akan memberikan manfaat kepada mereka yang terlibat khusunya golongan warga emas dan serba sedikit dapat meringankan beban hidup mereka. Kepada yang sudah memohon, anda boleh check status anda di Semakan Status Bantuan JKM 2021.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More