Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2024

Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2024 kini telah dibuka mulai 1 November 2023.

Berita baik untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan bersetuju meningkatkan peruntukan sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Beliau berkata pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

Isi Kandungan

Tempoh Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2024

Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2024 dibuka seawal 1 November 2023, di mana permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Ini bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada untuk membuat pengemaskinian sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan di samping data beberapa agensi Kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun mulai 1 November 2023.

Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2024

Kadar Bantuan STR 2024

Menurut Touchpoints Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024.

  • Pendapatan Isi Rumah: Kurang daripada RM2,500 sebulan
    • RM2,500: 5 Anak Atau Lebih
    • RM2,000: 3 – 4 Anak
    • RM1,500: 1 – 2 Anak
    • RM1,000: Tiada Anak
  • Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
    • RM1,250: 5 Anak Atau Lebih
    • RM1,000: 3 – 4 Anak
    • RM750: 1 – 2 Anak
    • RM500: Tiada Anak
  • Warga Emas Bujang
    • RM600
  • Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
    • RM350

Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2024

Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2024

Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2024

Cara Membuat Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2024

Permohonan baru atau proses kemaskini permohonan STR boleh dibuat mengikut kaedah berikut:

atau

Langkah mengemaskini permohonan melalui dalam talian, sila rujuk panduan berikut:

  1. Sila layari portal rasmi STR di pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
  2. Klik butang Log Masuk bagi membuat kemaskini permohonan.
  3. Klik butang kemaskini maklumat dan muat naik dokumen yang berkenaan.
  4. Semak semula maklumat pemohon.
  5. Hantar permohonan dan simpan salinan untuk rujukan anda.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2024, sila rujuk:

Jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More