Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa ASEAN

Isi Kandungan

Biasiswa ASEAN untuk Malaysia

Permohonan Biasiswa ASEAN boleh dibuat dan hanya terbuka kepada pelajar dari Malaysia yang mengikuti Sekolah Menengah 1, Menengah 3 atau Pra-universiti 1 di sekolah menengah atau kolej junior Singapura terpilih. Ketahui sama ada anda layak dan cara membuat permohonan.

KPM menawarkan biasiswa kepada pelajar muda dari negara – negara ASEAN dan China untuk belajar di Singapura. Pelajar akan mempunyai peluang untuk memperluas ilmu pengetahuan mereka dan mengembangkan kemahiran yang penting seperti kepemimpinan, komunikasi dan kemahiran hidup yang lain. Mereka juga dapat membantu meningkatkan muhibah dan persefahaman di kalangan anak muda dari pelbagai negara dan Singapura.

permohonan

Kelayakan Pemohon

Dibawah merupakan antara kelayakan yang perlu ada pada pemohon:

  • Mahir berbahasa Inggeris
  • Mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan sekolah secara konsisten
  • Mempunyai rekod penyertaan yang baik dalam aktiviti kokurikulum

Kelebihan Menyertai Biasiswa ASEAN

Antara kelebihan yang ditawarkan dalam biasiswa ini adalah merangkumi:

  • Elaun tahunan dengan penginapan di asrama
  • Elaun penyelesaian
  • Tiket pulang ekonomi untuk rakyat Malaysia Timur atau elaun pengangkutan balik untuk rakyat Malaysia Barat
  • Yuran sekolah
  • Bayaran peperiksaan untuk GCE O-Level dan A-Level (sekali sahaja, jika berkenaan)
  • Manfaat perubatan bersubsidi dan perlindungan insurans untuk kemalangan

Tarikh Permohonan

Anda boleh membuat permohonan dari bulan Mac sehingga May 2021. Hantarkan permohonan anda secara dalam talian. Jun hingga Sep 2021 (tentatif). Selepas itu, pemohon diminta menghadiri ujian pemilihan dan temu ramah

Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal untuk mengikuti ujian pemilihan dan temu ramah.

Ujian pemilihan dan temu ramah boleh diadakan di bandar-bandar berikut jika terdapat cukup calon yang disenarai pendek:

  • Kota Kinabalu
  • Kuala Lumpur
  • Kuching
  • Pulau Pinang
  • Johor Bahru

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan diberitahu.

Maklumat Lanjut

Anda boleh tekan pautan dibawah untuk mendapat maklumat lanjut daripada Kementerian Pendidikan Singapura:

https://www.moe.gov.sg/financial-matters/awards-scholarships/asean-scholarships/malaysia

Artikel lain: Biasiswa Global Korea

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More