Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Pendidikan UniSHAMS 2021 LZNK

Permohonan Biasiswa Pendidikan UniSHAMS telah dibuka. Biasiswa Pelajar UniSHAMS adalah merupakan tajaan pengajian kepada mahasiswa/i UniSHAMS iaitu sepanjang pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Bantuan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.

Isi Kandungan

Kadar Bantuan & Kelebihan

  1. Diploma (semua bidang pengajian) : RM 5,000.00 (semester), RM10,000 (setahun)
  2. Ijazah Sarjana Muda (semua bidang pengajian) : RM 6,000.00 (semester), RM12,000 (setahun)

Kelebihan BIASISWA UniSHAMS 2021 LZNK

  • Terbuka bagi tahun 1 kemasukan tahun 2021
  • Tajaan penuh RM12, 000.00 setahun bagi Ijazah Sarjana Muda dan RM10,000.00 setahun bagi Diploma.
  • Semua Kursus Pengajian di Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS
  • Pemantauan Mentor berkaitan akademik dan ko-kurikulum

Permohonan Biasiswa Pendidikan UniSHAMS 2021 LZNK

Syarat Permohonan Biasiswa Pendidikan UniSHAMS

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa calon-calon berkelayakan untuk memohon Biasiswa Penuh Pendidikan (UniSHAMS) seperti maklumat berikut :

Diploma:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam
  2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun
  3. Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Jun)
  4. Semua bidang pengajian Diploma di UniSHAMS
  5. Keputusan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 3B dan 3 Kredit serta kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
  6. Lulus ujian penempatan Bahasa Arab yang dianjurkan oleh UniSHAMS dan lulus ujian temuduga. (Diploma Tahfiz Wal Qiraat)
  7. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi kemasukan UniSHAMS
  8. Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40)

Ijazah Sarjana Muda:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam
  2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-sekurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Jun)
  4. Semua bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS
  5. Lulus Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan pencapaian sekurangnya CGPA 2.5 atau sekurang-kurangnya pangkat maqbul bagi lepasan STAM
  6. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi UniSHAMS
  7. Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40)

Cara Membuat Permohonan Biasiswa Pendidikan UniSHAMS

Anda boleh ikuti cara – cara yang kami sediakan ini untuk membuat permohonan Biasiswa Pendidikan UniSHAMS:

  1. Sila layari Portal Biasiswa : biasiswa.zakatkedah.com.my
  2. Daftar ID Pengguna di portal Biasiswa tersebut.
  3. Pemohon WAJIB mengisi maklumat dengan lengkap dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    • Gambar pemohon berukuran passport
    • Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga
    • Salinan Penyata Gaji / Pencen / Pengesahan Pendapatan
    • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan
    • Salinan kelulusan pengajian (PT3/Percubaan SPM/ SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah)
    • Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT
  4. Permohonan diuruskan oleh Ibu Pejabat melalui Bahagian Pendidikan :
    Bahagian Pendidikan
    Lembaga Zakat Negeri Kedah
    Menara Zakat
    Jalan Teluk Wan Jah
    05200, Alor Setar
    Kedah Darul Aman.
    Telefon : 047331740

Peringatan

Setiap pemohonan dibuat secara online dan dokumen berkaitan perlu dilampirkan (attach/upload) masuk ke dalam sistem.

Sila pastikan anda klik pada HANTAR PERMOHONAN setelah selesai mengisi profil permohonan untuk hantar permohonan

Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa Pendidikan UniSHAMS

Tarikh permohonan DIBUKA dari 17 Mei 2021 sehingga 06 Jun 2021.

Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan boleh hubungi :

Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah

  • 04-7331740
  • Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah
  • Portal Biasiswa : biasiswa.zakatkedah.com.my
  • Email : [email protected]
  • Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Artikel lain: Permohonan Latihan Kemahiran IPC Marii

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More