Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa PETRONAS PESP 2021

Permohonan Biasiswa PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) sekali lagi DIBUKA kepada rakyat Malaysia yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat terpilih. Calon yang layak akan disenarai pendek dan ditemuduga sebelum pemilihan akhir.

Sejak tahun 1975, Petronas telah memberikan tajaan pendidikan kepada lebih daripada 36,000 pelajar berkelayakan akademik yang layak dan berani melangkah sempadan dengan minda prestasi dan kemampuan kepimpinan. Ini terus dilakukan oleh PETRONAS, yang memfokuskan pada memupuk bakat yang tepat yang akhirnya akan menyumbang kepada pertumbuhan syarikat, industri dan negara.

Isi Kandungan

Kriteria Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia berumur antara 17 – 19 tahun pada tahun 2021
  2. Memiliki kemahiran kepemimpinan yang kuat dan penyertaan aktif (ditunjukkan) dalam aktiviti luar kurikulum
  3. Kenal pasti program yang ditaja.

Proses & Jadual Permohonan Biasiswa PETRONAS

Permohonan dibuka 10 Jun 2021 (9.00 pagi) dan akan ditutup 20 Jun 2021 (5.00 ptg)

Permohonan Biasiswa PETRONAS PESP 2021

Bagi calon pemohon program UTP, anda diwajibkan untuk melakukan permohonan kemasukan ke UTP melalui laman web http://www.utp.edu.my .

Cara Permohonan Biasiswa PETRONAS

Sila Klik link dibawah untuk membuat permohonan

https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS

Berikut merupakan langkah- langkah untuk memohon biasiswa ini. Anda boleh ikut 6 langkah mudah di bawah.

  1. Klik pada bahagian “Sponsorship Application” untuk meneruskan permohonan baharu.
  2. Klik pada bahagian “Register”untuk meneruskan pendaftaran pengguna baharu.
  3. Masukkan maklumat seperti username, kata laluan, nombor kad pengenalan, alamat email serta keputusan SPM.
  4. Klik pada butang “register” dan pastikan pemohon mengingati kata laluan dan username.
  5. Satu email notifikasi akan dihantar ke email pemohon untuk mengaktifkan akaun permohonan anda.
  6. Terdapat 10 bahagian dalam borang permohonan atas talian dan masukkan segala maklumat pemohon dalam setiap bahagian sebelum menghantar. Pastikan maklumat dimasukkan benar.

Bayaran pemprosesan TIDAK diperlukan untuk aplikasi PESP

Pemberitahuan mengenai calon yang berjaya untuk PYD akan diumumkan melalui Educationsponsorship.petronas.com.my.

Nama pengguna dan kata laluan yang sama diperlukan untuk tujuan log masuk

Permohonan yang tidak lengkap atau lambat tidak akan diproses

Biasiswa lain:

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More