Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Satu lagi Permohonan Biasiswa telah dibuka bagi pelajar lepasan SPM.

Program biasiswa SPAN memberi peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 untuk melanjutkan pelajaran dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Ijazah Pertama di universiti-universiti awam dalam negara. Menjadi impian SPAN untuk memupuk generasi muda yang holistik dan seterusnya melangkah ke alam kerjaya bagi memenuhi keperluan sektor kawalselia air dan pembetungan negara.

Biasiswa SPAN bukan hanya merangkumi yuran pengajian dan pelbagai elaun tetapi SPAN juga menyediakan program pembangunan yang diatur dan disusun bagi mengasah bakat kepemimpinan, kemahiran interpersonal dan pemikiran kritis pelajar sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

Calon yang berjaya akan mendapat peluang untuk berkhidmat di SPAN selepas tamat pengajian kelak.

Permohonan Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Isi Kandungan

Syarat Permohonan Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

SPAN menawarkan biasiswa penuh dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Peringkat Ijazah pertama di universiti-universiti awam dalam bidang-bidang berikut:

  1. Teknikal (Kejuruteraan, Ukur Bahan)
  2. Ekonomi/Perniagaan
  3. Kewangan/Perakaunan
  4. Teknologi Maklumat/Data Sains

Baca Juga: Senarai Biasiswa Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020

Calon-calon wajib memenuhi syarat-syarat permohonan secara umum dan khusus seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Aktif dalam aktiviti kokurikulum;
  4. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian sama.
  5. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khusus berikut;
    • Menduduki peperiksaan SPM 2020 yang dijalankan pada bulan Mac 2021 buat pertama kali;
    • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2020;
    • Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A iaitu Bahasa Malaysia dan mana-mana 8 mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada);
    • Memulakan pengajian peringkat Asasi/Matrikulasi sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

Cara Permohonan Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Cara untuk membuat permohonan amat senang sahaja, anda hanya perlu mengisi doc.google ini dan ikuti langkah yang ada dalam gambar dibawah:

Permohonan Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat berkaitan BIASISWA SPAN, sila hubungi kami;
  03-5613 6288
  [email protected]

SOALAN LAZIM

Anda boleh muat turun FAQ ini jika ada sebarang persoalan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More