Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2021/2022

Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon  yang berkelayakan untuk membuat permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang DILULUSKAN OLEH YP.

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2021/2022

Isi Kandungan

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB)

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke
peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan
akademik dan kokurikulum.

Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Pahang

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
    (a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    (b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  3. Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2020 seperti berikut:-
    (a) Calon SPM : 9 A+ ke atas
    (b) Calon STPM : 4 Prinsipal A
  4. Memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
  5. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
  6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Baca Juga: Senarai Biasiswa Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan
kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi, Ekonomi, Perbankan / Kewangan Islam dan Pengajian Islam.

Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2021/2022 (UPU Online) dengan menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA. Penajaan biasiswa akan diteruskan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Program Peneraju Profesional Akauntan Muda
(FIA – ACCA)

Program ini dirangka khas untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dan dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.

Permohonan kemasukan pelajar akan diproses melalui YP. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Foundation in Accountancy (FIA) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Institusi Pengajian Tinggi yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Pahang

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
    (a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di
    Negeri Pahang Darul Makmur.
    (b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan
    Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalam
    kegiatan kokurikulum.
  3. Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun 2020 dengan
    mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran
    yang diambil.
  4. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
  5. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2021/2022

Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang

Permohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian:

  1. Daftar terlebih dahulu (No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan)
  2. Bagi pengguna yang baru memohon, sila klik di Permohonan Biasiswa, masuk di ruangan Log Masuk Dan Pendaftaran dan klik pada Pendaftaran Pengguna Baru.
    • Sila pastikan Nombor KP mengikut format yang dikehendaki (Cth: 020202060202).
    • E-mail yang diisi adalah aktif.
    • Sila pastikan anda mengisi SEMUA maklumat yang terdapat di bahagian ini.
  3. NOTA PERINGATAN dan NOTA PANDUAN perlu dibaca sebelum mengisi permohonan
    biasiswa mengikut senarai tawaran (iklan) biasiswa.
  4. Bahagian senarai tawaran (iklan) biasiswa ,pemohon WAJIB klik Skim Biasiswa Ditawar & Dibenar Untuk Dipohon dan seterusnya klik Pilih untuk proses selanjutnya.
    • Pemohon hanya boleh memilih satu Skim Biasiswa Ditawar di paparan ini. Sekiranya ingin memohon lebih dari satu skim, pemohon boleh mengisi di paparan Pilihan Biasiswa (Rujuk perkara no.12 dalam panduan).
  5. Pemohon hendaklah mematuhi syarat-syarat kelayakkan memohon sebelum mengisi maklumat permohonan.
  6. Pelajar WAJIB melengkapkan maklumat pelajar diruangan Pemohon dan seterusnya klik Save Icon untuk disimpan.
    • Sila pastikan Nombor KP dan Ejaan Nama Pemohon adalah betul mengikut kad pengenalan.
    • Nombor telefon bimbit dan e-mail yang dimasukkan mestilah aktif untuk urusan makluman melalui sms & e-mail.
    • Sila pastikan anda mengisi SEMUA maklumat yang terdapat di bahagian ini
  7. Lengkapkan maklumat Bapa di ruangan yang disediakan dan klik Save Icon untuk disimpan.
    • Sila pastikan Nombor KP dan Ejaan Nama Bapa adalah betul mengikut kad
      pengenalan.
    • Sila pastikan anda mengisi SEMUA maklumat yang terdapat di bahagian ini.
    • Sila masukkan gaji kasar bapa/penjaga pemohon.
    • Sila penuhkan semua ruangan ini walaupun ibubapa telah meninggal dunia
  8. Lengkapkan maklumat Ibu di ruangan yang disediakan dan klik Save Icon untuk disimpan.
    • Sila pastikan Nombor KP dan Ejaan Nama Ibu adalah betul mengikut kad pengenalan.
    • Bagi ruangan maklumat ibu, jika ibu tidak bekerja sila masukkan surirumah sebagai pekerjaan semasa.
    • Sila pastikan anda mengisi SEMUA maklumat yang terdapat di bahagian ini.
    • Sila masukkan gaji kasar ibu pemohon.
    • Sila penuhkan semua ruangan ini walaupun ibubapa telah meninggal dunia.
  9. Lengkapkan maklumat Penjaga di ruangan penjaga dan klik Save Icon untuk disimpan.
    1. Sila pastikan Nombor KP dan Ejaan Nama Penjaga adalah betul mengikut kad pengenalan.
    2. Sila pastikan anda mengisi SEMUA maklumat yang terdapat di bahagian ini.
    3. Sila masukkan gaji kasar penjaga.
  10. Lengkapkan ruangan Pasangan (bagi pemohon yang berkahwin sahaja) di ruangan yang disediakan dan klik Save Icon untuk disimpan.
    • Sila pastikan Nombor KP dan Ejaan Nama Penjaga adalah betul mengikut kad pengenalan.
    • Sila pastikan anda mengisi SEMUA maklumat yang terdapat di bahagian ini.
    • Bagi pemohon BUJANG, sila kosongkan sahaja ruangan ini.
  11. Pemohon WAJIB melengkapkan maklumat Cadangan Pengajian pemohon dan klik
    + untuk masukkan cadangan pengajian dan klik Save Icon disimpan.
  12. Pemohon boleh memilih lebih dari satu Pilihan Biasiswa tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang dan klik Save Icon untuk disimpan.
  13. Senaraikan maklumat KelulusanPersekolahan. Sila klik + untuk masukkan & tambah subjek dan keputusan yang diperolehi dan klik Save Icon untuk disimpan.
  14. Senaraikan maklumat berkaitan Tajaan, jika pernah menerima ajaan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebelum ini (sekiranya ada). Sila klik + untuk masukkan & tambah maklumat dan klik Save Icon untuk disimpan
  15. Senaraikan maklumat berkaitan Persekolahan (nama sekolah, tahun pengajian dan
    kelulusan). Sila klik + untuk masukkan & tambah maklumat dan klik Save Icon untuk disimpan.
  16. Senaraikan maklumat Institusi Terdahulu yang melayakkan diri melanjutkan pengajian. Sila klik + untuk masukkan & tambah maklumat dan klik Save Icon untuk disimpan.
  17. Senaraikan maklumat berkaitan kegiatan ko-kurikulum/ sumbangan/ anugerah kecemerlangan yang diperolehi dalam ruangan Aktiviti. Sila klik + untuk masukkan & tambah maklumat dan klik Save Icon untuk disimpan.
  18. Senaraikan maklumat anak dalam tanggungan ibubapa/ penjaga (termasuk pemohon ATAU sekiranya pemohon yang telah berkahwin, sila senaraikan nama tanggungan pemohon) dalam ruangan tanggungan. Slik klik + untuk masukkan & tambah maklumat dan klik Save Icon untuk disimpan.
  19. Senaraikan maklumat berkaitan Pekerjaan (bagi pemohon yang bekerja sahaja). Sila klik + untuk masukkan & tambah maklumat dan klik Save Icon untuk simpan.
  20. Senaraikan maklumat Tajaan YP jika anda atau ahli keluarga/ suami/ isteri mendapat tajaan pinjaman YP (sekiranya ada). Sila klik + untuk masukkan & tambah maklumat dan klik Save Icon untuk disimpan.
  21. Pemohon WAJIB memuatnaik gambar (bersaiz passport) dan klik Save Icon untuk disimpan. Hanya fail berjenis (file nama extention) berikut sahaja dibenarkan : jpg, .gif, .png, .jpe
  22. Sila klik Pilih bagi dokumen sokongan samaada MEMATUHI atau TIDAK BERKAITAN
    supaya penghantaran boleh dilaksanakan dan dokumen-dokumen sokongan ini perlu dimuatnaik (upload).
  23. Dokumen-dokumen sokongan ini perlu dimuatnaik (upload) di ruangan Muatnaik Dokumen mengikut kategori dan keterangan dokumen. Jika dokumen sokongan yang berkaitan tidak lengkap atau tidak mencukupi, permohonan anda boleh DITOLAK.
  24. Sebelum Sah & Hantar permohonan, anda WAJIB semak dan pastikan semua maklumat telah diisi dengan lengkap dan dokumen telah dimuatnaik sebelum permohonan dihantar secara online.
  25. Sila tanda √ di perakuan pemohon dan tekan butang Submit untuk hantar permohonan secara online.
  26. Sila cetak maklumat permohonan untuk simpanan anda setelah permohonan telah Berjaya dihantar.

Anda boleh lihat panduan Yayasan Pahang ini untuk penjelasan terperinci.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888
(Zakiah bt. Saleh/Noorasziana bt. Abd Rahman)
Email: [email protected] • [email protected]

Sumber: Yayasan Pahang

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More