Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Dana Didik Johor

Isi Kandungan

Dana Didik Johor 2021

Permohonan bagi Dana Didik Johor telah dibuka bagi tahun 2021. Ini merupakan berita baik bagi rakyat negero Johor Darul Takzim khususnya kepada golongan ibu yang melahirkan anak pada tahun 2020. Adakah anda berhasrat untuk membuat tabung simpanan demi pendidikan anak pada masa hadapan? Sekiranya begitu, Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan Tabungan Pendidikan Awal Anak Bangsa Johor bagi anak kelahiran negeri Johor pada tahun 2020. Berikut dikongsikan cara melakukan permohonan Dana Didik Harapan Johor 2020 dengan memuat turun borang di pautan yang dinyatakan di bawah ini.

Melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Kerajaan Negeri Johor telah bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan beberapa agensi yang berkaitan untuk melaksanakan program ini yang antara lain memberikan caruman percuma RM100 bagi setiap kelahiran bayi di Negeri Johor dalam akaun SSPN – i. Ia bertujuan untuk membudayakan tabiat menabung dalam kalangan kanak – kanak di negeri Johor terutamanya bagi tujuan pendidikan.

Syarat Kelayakan Permohonan Dana Didik Johor

Berikut adalah syarat – syarat kelayakan:

  • Ibu DAN bapa adalah warganegara Malaysia
  • Bayi yang dilahirkan di Negeri Johor mulai 01hb Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021
  • Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM 7,000 sebulan. Pendapatan merujuk kepada semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan, perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun, sewa dan lain-lain.

Tempoh permohonan bermula dari 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021.
Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui :

  1. Emel ke [email protected] ( borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang telah discan dalam bentuk PDF sebelum dihantar melalui emel )
  2. Serahan di pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor.

Maklumat Tambahan

Anda perlu memberikan dokumen sokongan seperti berikut;

  • Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i PTPTN (Dana Didik Harapan Johor)
  • Salinan Sijil Kelahiran Bayi
  • Slip Penyata Pendapatan Gaji Ibubapa, Slip penyata pendapatan gaji ibu & bapa pada bulan bayi tersebut dilahirkan atau bulan sebelumnya

Atau

  • Borang Pengesahan Pendapatan Gaji (bagi ibu & bapa yang tiada slip pendapatan gaji / tidak bekerja)
  • Salinan dokumen di atas, hendaklah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) / Penjawat Awam Gred 41 dan ke atas / Penghulu / Ketua Kampung / Penggawa / Pengerusi JKK dan yang setaraf dengannya.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dana ini, berikut disediakan pautan kepada laman web rasmi Yayasan Pelajaran Johor beserta emel dan no telefon / fax untuk rujukan:

Artikel lain : Kad KISS, PeKa B40

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More