Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Ke Program Matrikulasi KPM 2021 Telah Dibuka

Permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara atas talian (online) bagi sesi pengambilan 2021 / 2022 kini dibuka bermula 15 Mac 2021 sehingga 15 April 2021 melalui sistem Matrikulasi KPM.

Permohonan adalah percuma dan tidak memerlukan pembelian nombor pin.

Pemohon yang berkenaan terutamanya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sila ambil maklum bahawa permohonan hanya dibuka selama sebulan. Sila buat permohonan sebelum tarikh tutup sepertimana yang telah dinyatakan.

Terkini, kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi bermula sesi 2021/2022 akan diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) Jabatan Pendidikan Tinggi.

Isi Kandungan

Permohonan Ke Program Matrikulasi Kemasukan Program Kolej Matrikulasi Sesi 2021/ 2022

Sebagai makluman, permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kolej-kolej Matrikulasi bagi tahun pengambilan sesi 2021 / 2022 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) yang dibuka kepada capaian calon bermula pada tarikh sepertimana telah ditetapkan.

Pendaftaran Kemasukan Pelajar Sesi Akademik 2021/2022 Hanya Terbuka kepada :

  1. Calon yang mengambil peperiksaan SPM Tahun 2020, 2019 dan 2018
  2. Calon yang mengambil peperiksaan STPM tahun 2020 sahaja
  3. Calon Asasi / Matrikulasi / Pasum
  4. Calon yang mengambil peperiksaan STAM Tahun 2020 dan 2019

Tarikh Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2021/ 2022

Berikut adalah tarikh rasmi yang diumumkan oleh KPM:

  • Dibuka : 15 Mac 2021
  • Ditutup : 15 April 2021

Permohonan Program Matrikulasi Secara Online

Bagi tahun 2021, permohonan kemasukan ke program Matrikulasi di seluruh Malaysia boleh dibuat melalui Portal Matrikulasi KPM :

Berikut adalah maklumat lanjut Permohonan Program Matrikulasi bagi sesi 2021/2022 yang dikendalikan UPU Online:

permohonan ke program matrikulasi

Syarat Kelayakan AM

Pemohon mestilah melepasi syarat kelayakan umum iaitu:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon
  3. Calon SPM tahun semasa

Setelah melepasi syarat kelayakan am, pemohon mestilah melepasi syarat minimum SPM mengikut jurusan yang ingin dipilih

Syarat Kelayakan Minimum Subjek SPM

A. Jurusan Sains (Sistem Dua Semester)

  1. Bahasa Melayu : C
  2. Bahasa Inggeris : C
  3. Matematik : B
  4. Matematik Tambahan : C
  5. Kimia : C
  6. Fizik / Biologi : C
  7. Sejarah : Lulus

B. Jurusan Sains (Sistem Empat Semester)

  1. Bahasa Melayu : C
  2. Bahasa Inggeris : C
  3. Matematik : C
  4. Matematik Tambahan : Lulus
  5. Kimia : Lulus
  6. Sejarah : Lulus
  7. Fizik / Biologi / Sains Komputer : Lulus

C. Jurusan Kejuruteraan

  1. Bahasa Melayu : C
  2. Bahasa Inggeris : C
  3. Matematik : B
  4. Matematik Tambahan : C
  5. Fizik : C
  6. Kimia : Lulus
  7. Sejarah : Lulus
  8. Mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:
    Biologi/ Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik : C

D. Jurusan Perakaunan

  1. Bahasa Melayu : C
  2. Bahasa Inggeris : C
  3. Matematik : C
  4. Matematik Tambahan : C
  5. Sejarah : Lulus
  6. Mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:
    Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik : C

E. Jurusan Perakaunan Professional

  1. Bahasa Melayu : C
  2. Bahasa Inggeris : A
  3. Matematik : A
  4. Matematik Tambahan : A
  5. Sejarah : Lulus
  6. Mana-mana TIGA (3) mata pelajaran berikut:
    Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik : A
  7. Serta lulus Ujian Aptitud dan temuduga

Cara Buat Permohonan Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Secara Online

Permohonan adalah melalui internet dan dibuat secara online serta percuma.

Klik capaian berikut untuk melihat manual video permohonan :

Manual Permohonan Matrikulasi 2021

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi :

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Permohonan Ke Program Matrikulasi KPM 2021 Telah Dibuka ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat :

Permohonan Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara JPA 2021

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More