Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kelulusan Sistem Maklumat Industri Logistik

Disini kami kongsikan cara membuat permohonan Kelulusan Sistem Maklumat Industri Logistik. Semua pihak berkepentingan, pengguna dan pekerja dalam sektor pengangkutan awam serta logistik hendaklah sentiasa mematuhi segala SOP pencegahan COVID-19.

Susulan penularan wabak COVID-19 yang masih melanda negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan pelaksanaan sekatan pergerakan atau ‘total lockdown (Fasa Pertama)’ bagi semua aktiviti ekonomi dan sosial seluruh negara mulai 1 hingga 14 Jun 2021 dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Isi Kandungan

Kenderaan Persendirian

Hanya dua (2) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian dalam satu masa tanpa mengira kapasiti.

Namun, tiga (3) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian dalam satu masa bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera) atau bagi tujuan kecemasan.

Teksi dan Kenderaan E- Hailing

Hanya dua (2) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing dalam satu masa tanpa mengira kapasiti. Penumpang hendaklah duduk di tempat duduk belakang.

Hanya Tiga (3) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing dalam satu masa bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera) atau bagi tujuan kecemasan.

Pengangkutan Awam

Semua pengendali pengangkutan awam darat dan laut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penumpang 50%. Syarikat penerbangan dikecualikan berikutan peratusan penumpang yang sedia ada adalah rendah

Semua pengendali dibenarkan untuk menentukan frekuensi atau kekerapan perkhidmatan masing-masing secara optimum untuk mengelakkan kesesakan di terminal, platform dan stesen-stesen, serta memastikan SOP yang ditetapkan MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi sepenuhnya.

Anda boleh membaca : Perubahan saat akhir: Semua pengecualian PKP mesti dari Miti

SMILE (Sistem Maklumat Industri Logistik)

MOT akan mengeluarkan surat kelulusan baharu untuk membolehkan syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah SMILE dapat beroperasi pada Fasa Pertama sekatan pergerakan atau ‘lockdown’ ini.

Permohonan Kelulusan Sistem Maklumat Industri Logistik

Contoh Syarikat Pengangkutan / Logistik & Kenderaan Perdagangan Yang Perlu Berdaftar di bawah SMILE MoT
  • Pengangkutan Udara/Darat/Maritim
  • Pelabuhan
  • Freight Forwarder
  • Ejen Kastam
  • Ejen Perkapalan
  • Kren
  • Pergudangan
  • Servis kepada Bot dan Pelabuhan
  • Perkhidmatan Sewa Kenderaan
  • Lori dan haulier
  • Bas
  • Teksi
  • Courier

Semua surat yang dikeluarkan di bawah SMILE sebelum ini adalah terbatal dan tidak sah. Surat kelulusan baharu kini boleh dimuat turun.

Permohonan Kelulusan Sistem Maklumat Industri Logistik

Anda dikehendaki layari ke pautan https://application.mot.gov.my/ dan isikan borang permohonan SMILE seperti di bawah.

Permohonan Kelulusan Sistem Maklumat Industri Logistik

Permohonan Kelulusan Sistem Maklumat Industri Logistik

Permohonan Kelulusan Sistem Maklumat Industri Logistik

Maklumat lanjut

Permohonan pengesahan pengoperasian bagi syarikat-syarikat logistik dan pengangkutan komersial melalui SMILE akan diproses dalam tempoh 72 jam mengambil kira bilangan pemohonan baru yang diterima terlalu tinggi dan keupayaan memproses permohonan. Sebarang rayuan berhubung permohonan boleh diajukan ke e-mel: [email protected].
Seperti biasa, MOT menggesa para kakitangan dan seluruh rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam supaya mematuhi SOP di semua stesen dan terminal termasuklah menggunakan cecair pembasmi kuman, memakai pelitup separuh muka, mengamalkan penjarakan sosial dan mengimbas kod QR MySejahtera jika diperlukan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More