Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2024 Bagi Tingkatan 1 & 4

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2024 bagi Tingkatan 1 & 4 kini dibuka sehingga 20 Oktober 2023.

Untuk makluman, kemasukan ke MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) mulai tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Kerajaan bersetuju mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke MRSM sebelum ini tanpa mengira aliran sekolah, selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan perubahan diumumkan sebelum ini, tidak diguna pakai selepas perbincangan bersama wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Saya hendak tegaskan dasar dan syarat kemasukan ke MRSM dikembalikan kepada syarat asal seperti sebelum ini, bagi memberi peluang semua pelajar memohon. Ini bermaksud semua pelajar dari Sekolah Agama (Bantuan Kerajaan), SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) juga boleh memohon ke MRSM,” katanya.

Isi Kandungan

Tarikh Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2024

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga kini boleh membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2024 bagi Tingkatan 1 & 4 secara dalam talian (online) bermula 15 September 2023 hingga 20 Oktober 2023.

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2024

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2024

Syarat-syarat am dan kelayakan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2024 adalah seperti berikut:

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan / atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon memohon secara dalam talian (online).
  4. Calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2024.
  5. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  6. Calon lahir pada 2 Jan 2011 hingga 1 Jan 2012 bagi calon Tingkatan 1 2024 atau calon lahir pada 2 Jan 2008 hingga 1 Jan 2009 bagi calon Tingkatan 4 2024.
  7. Ibu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang telah disediakan di pautan tersebut.

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2024

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2024 bagi calon yang berminat.

  • Anda boleh ke laman web rasmi MARA pada pautan berikut

>>>Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2024<<<

  • Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan. Baca Maklumat Program MRSM selengkapnya DISINI.
  • Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
  • Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
  • Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
  • Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
  • Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
  • Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa / penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
  • Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
  • Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.

Muat Turun Buku Panduan Permohonan MRSM

Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.

Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.

Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.

Pemohon perlu mengisi keputusan PBD dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.

Semakan Tarikh, Masa & Tempat Ujian UKKM

MARA akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan ke MRSM bagi pelajar tingkatan 1 & 4.

Bagi sesi tahun 2023, sesi pertama bermula pada 27 November 2022. Maka anda bolehlah ikuti perkembangan terkini dan menganggarkan Ujian ini akan diadakan sekitar bulan November – Disember bagi sesi kemasukan Tahun 2024.

Semua calon yang telah mengisi secara lengkap permohonan akan dipanggil untuk menduduki ujian secara berperingkat.

Makluman panggilan ujian akan dihantar melalui perkhidmatan SMS dan emel. Calon perlu menghadiri ujian pada tarikh yang ditetapkan sahaja.

Sila rujuk info dan FAQ di bawah untuk persediaan bakal-bakal calon UKKM.

Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi MARA serta akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang didaftarkan semasa permohonan.

Ibu bapa boleh membuat persediaan menghadapi ujian UKKM MRSM dengan merujuk modul dan contoh soalan DISINI.

Cara Semakan Permohonan UKKM MRSM Tahun 2024

Untuk membuat semakan status UKKM, sila rujuk pada pautan berikut.

Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1

Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat semakan UKKM bagi Tingkatan 1.

  • Layari laman web rasmi UKKM MRSM di pautan berikut

>>>Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2024 – UKKM Tingkatan 1<<<

(laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)

  • Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk.
  • Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan.

Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4

Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat semakan UKKM bagi Tingkatan 4.

  • Layari laman web rasmi UKKM MRSM di pautan berikut

>>>Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2024 – UKKM Tingkatan 4<<<

(laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)

  • Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk.
  • Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan.

Program Yang Ditawarkan Di MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Terdapat 6 program dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

  1. Premier
    • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA.
  2. Ulul Albab
    • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.
  3. IGCSE
    • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM.
  4. IB MYP (Middle Years Programme)
    • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM.
  5. Teknikal
    • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan.
  6. PKP (Program Khas Pendidikan)
    • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2024 ini, sila layari

Semoga calon-calon yang membuat permohonan berjaya dan terpilih untuk mendapatkan tawaran untuk kemasukan ke MRSM Tahun 2024 nanti!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More