Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan kemasukan ke prasekolah 2024 (bagi sesi 2025/2026) yang akan dibuka tidak lama lagi.

Isi Kandungan

Sistem E-Prasekolah KPM

Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan sebuah sistem E-Prasekolah secara atas talian bagi memudahkan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah.

Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem E-Prasekolah iaitu seperti berikut.

Permohonan Ke Prasekolah KPM– Borang permohonan.
– Semak dan kemaskini permohonan.
– Rayuan permohonan.
Kemaskini Maklumat PenggunaPastikan e-mel dikemaskini berdasarkan e-mel terkini yang aktif.
Carian Maklumat Institusi PrasekolahCarian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM.
Semakan Status PendaftaranSemak status pendaftaran murid dan rayuan bagi permohonan.
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2024 1
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2024

Cara Mendaftar Menggunakan Sistem E-Prasekolah

Bagi mendaftar menggunakan sistem E-Prasekolah, sila ikut langkah-langkah berikut:

Layari Laman Sesawang E-Prasekolah KPMLayari laman sesawang E-Prasekolah sama ada melalui komputer atau telefon pintar anda.
Daftar & LoginPengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Pastikan e-mel yang didaftarkan adalah e-mel yang aktif.
Lengkapkan Maklumat Permohonan– Muat turun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
– Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu / bapa / penjaga.
– Pastikan nama yang didaftarkan adalah Nama Penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
– Pastikan pengguna mengingati Kata Laluan dan tidak mendedahkan Kata Laluan kepada orang lain.
– Pastikan alamat e-mel dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.
Kemaskini & Cetak– Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen yang berkaitan.
– Kemaskini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
– Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemaskini semula oleh ibu / bapa / penjaga.
– Ibu / bapa / penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat pada sistem.
– Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
– Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu / bapa / penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.
Semakan Status Permohonan– Semakan keputusan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Sesi 2025 / 2026 adalah bermula pada Ogos 2024.
– Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.
– Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat pada tarikh yang akan dimaklumkan.
Permohonan Rayuan– Permohonan rayuan bermula pada Ogos 2024 (tertakluk kepada pindaan).
– Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu / bapa / penjaga melalui laman E-Prasekolah.
– Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu / bapa / penjaga melalui sekolah atau institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN.
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2024

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2024

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Sesi 2025/2026 akan dibuka mulai 1 Mac 2024.

Syarat Permohonan

Permohonan mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan dibawah, iaitu:

  1. Kanak-kanak warganegara Malaysia.
  2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui dua (2) kaedah yang dinyatakan seperti berikut:

Permohonan Secara ManualPermohonan Secara Online
Permohonan bermula pada 1 Mac 2024 hingga 31 Mei 2024.Permohonan bermula pada 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024.
Borang permohonan boleh diambil di sekolah yang ingin dipohon. Sila bawa bersama SIJIL LAHIR ASAL ketika mendaftar.Borang permohonan boleh didapati pada pautan berikut:
>>>E-Prasekolah 2024<<<
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2024
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2024 2
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2024 ini, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui e-mel kepada [email protected].

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More