Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi 2 2024/2025 (Ambilan Mac 2025)
Berikut adalah info terkini mengenai permohonan kemasukan ke UiTM bagi Sesi 2 2024/2025, iaitu Ambilan Mac 2025.
Isi Kandungan
Hebahan Permohonan Ke Program Asasi Undang-Undang, Diploma & Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina UiTM
Berita baik kepada pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf yang masih belum mendapat tempat di Universiti, iaitu gagal tawaran UPU yang telah dikeluarkan pada baru-baru ini dan masih berminat ingin menyambung pengajian, kini UiTM membuka permohonan untuk pengambilan Sesi 2 2024/2025.
Permohonan terbuka kepada calon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli yang melepasi syarat khas program yang dipohon.
Program Ditawarkan
Program yang ditawarkan bagi peringkat pengajian ini adalah seperti berikut:
- Asasi Undang-Undang UiTM untuk Lepasan SPM Tahun 2023;
- 72 Program Diploma untuk Lepasan SPM (Program-program Diploma dibawah Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi Tidak Ditawarkan Bagi Ambilan Sesi 2 Ini); dan
- Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina untuk Lepasan SPM.
Pembelian No Pin
Anda boleh membeli No Pin Permohonan di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.00 dan memilih kategori permohonan PROGRAM 1 ketika mengisi permohonan kemasukan ke UiTM Sesi 2 2024/2025 ini.
Tarikh Penting
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian untuk permohonan kemasukan ke UiTM ini adalah seperti berikut:
Perkara Penting | Tarikh / Hari |
---|---|
Jualan No Pin Di BSN | 26 Ogos 2024 (Isnin) |
Permohonan Online Dibuka | 26 Ogos 2024 (Isnin) |
Permohonan Ditutup | 25 Oktober 2024 (Khamis) |
Syarat Kemasukan
Syarat-syarat kemasukan dan kelayakan untuk membuat permohonan kemasukan ke UiTM adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Memenuhi syarat kelayakan masuk ditetapkan oleh Fakulti dan disahkan oleh Senat Universiti. Sila layari https://selangkah.uitm.edu.my/ untuk semakan syarat kelayakan program.
- Memenuhi syarat takrifan Melayu / Anak Negeri Sabah / Anak Negeri Sarawak / Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
- Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon.
- Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan banduan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
Cara Memohon
Permohonan kemasukan ke UiTM (Sesi 2) boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan melalui aplikasi dalam talian (secara online) menggunakan Nombor Unik ID (No Pin) yang boleh dibeli di kaunter BSN.
Berikut merupakan panduan sebelum, semasa dan selepas membuat permohonan. Anda boleh mengikuti panduan-panduan berikut:
- Pastikan anda telah mempunyai No Pin / No Slip BSN.
- Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.
- Sila kenalpasti Kategori Anda. Untuk permohonan kemasukan ke UiTM Sesi 2 ini, anda perlu memilih Kategori Asasi / Diploma / Sarjana Muda Kep. Senibina (Lepasan SPM).
- Sila kenalpasti Program Pengajian yang bakal anda pilih. Klik DISINI untuk ketahui lebih lanjut mengenai Senarai Program Pengajian Yang Sedang Ditawarkan.
- Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam Borang Permohonan anda.
- Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*).
- Pastikan anda membuat semakan dengan teliti pada Borang Permohonan anda.
- Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar Borang Permohonan.
- Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.
- Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN selepas membuat permohonan bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
- KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
- Sekiranya anda masih belum mencetak Borang Permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan permohonan kemasukan ke UiTM dan keputusan permohonan, sila rujuk Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM dari semasa ke semasa.
Selain itu, anda juga boleh hubungi saluran-saluran berikut:
- Unit Diploma & Pra Diploma pada Talian 03 – 5544 3194 / 3196 / 3166
- Live Chat
- E-mel [email protected]
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!