Permohonan Kemasukan Sekolah Agama Kerajaan Johor Sesi 2026

Permohonan Kemasukan Sekolah Agama Kerajaan Johor kini dibuka untuk murid-murid Darjah 1 dan Tadika Agama Johor bagi Sesi Persekolahan Tahun 2026.
Isi Kandungan
Makluman Permohonan Kemasukan Sekolah Agama Kerajaan Johor Sesi Persekolahan Tahun 2026
Dimaklumkan bahawa pendaftaran murid Ke Darjah 1 Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAkNJ) dan Tadika Agama Johor (TAJ) bagi Sesi Persekolahan Tahun 2026 kini dibuka.
Ini merupakan peluang awal bagi ibu bapa atau penjaga yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka ke dalam Sistem Pendidikan Agama Negeri yang tersusun dan terjamin kualitinya.
Permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor ini merupakan salah satu proses penting bagi ibu bapa atau penjaga yang ingin memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama secara formal dan sistematik.
Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor merujuk kepada sekolah-sekolah agama yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Ini termasuk sekolah menengah agama, maahad tahfiz, dan sekolah agama lain yang bernaung di bawah JAINJ.
Antara contoh sekolah yang dimaksudkan adalah Maahad Johor, Maahad Tahfiz Negeri Johor, Maahad Johor Lil Banat, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluan dan lain-lain.
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat-syarat kelayakan untuk membuat Permohonan Kemasukan Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi Sesi Persekolahan Tahun 2026 adalah seperti berikut:
| Tadika Agama Johor (TAJ) | 1. Warganegara Malaysia. 2. Berumur 5 atau 6 tahun pada tahun berkenaan. |
| Sekolah Agama Johor (SAJ) | 1. Warganegara Malaysia. 2. Kanak-kanak yang akan memasuki Tahun 1 sekolah rendah pada 2026. |
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Kemasukan Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi Tahun 2025 boleh dibuat bermula 1 Julai 2025 sehingga 31 Oktober 2025 melalui Borang Permohonan Kemasukan yang boleh didapati di Sekolah Agama Kerajaan Johor yang berhampiran.
Dokumen yang diperlukan bersama-sama permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan MyKid / MyKad anak.
- Salinan Sijil Lahir anak.
- Salinan MyKad ibu bapa / penjaga.
- Slip Gaji ibu bapa / penjaga.
- Bil Api atau Bil Air kediaman.
- 4 Keping Gambar murid berukuran pasport.
- Sebarang dokumen sokongan lain jika perlu.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pendaftaran kemasukan atau Permohonan Kemasukan Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi Sesi Persekolahan Tahun 2026 ini, sila hubungi pihak Sekolah Agama Kerajaan Johor yang berhampiran atau Pejabat Agama Daerah masing-masing.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!





