Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2026 Tingkatan 1 & 4

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2026 kini dibuka untuk semua bakal murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang berkelayakan.
Isi Kandungan
Info Terkini KPM: Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Sekolah Khusus 2026
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus bagi murid Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Ambilan Tahun 2026 kini dibuka dan telah dihebahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2026 ini kini dibuka mulai 1 Ogos 2025 hingga 7 September 2025 secara atas talian.
Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Selain sekolah-sekolah tersebut, permohonan kemasukan juga turut melibatkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke Sekolah Khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dibawah untuk membuat Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2026, iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- Murid Tahun Enam (6) Sesi 2025/2026 untuk PKSK Tingkatan 1. Berumur 12 tahun atau lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.
- Murid Tingkatan Tiga (3) Sesi 2025/2026 untuk PKSK Tingkatan 4. Berumur 15 tahun atau lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011.
Cara Membuat Permohonan
Pemohon yang ingin membuat Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2026 ini boleh memohon melalui pautan di bawah:
>>>Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2026 (Tingkatan 1)<<<
>>>Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2026 (Tingkatan 4)<<<
Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan ibu bapa / penjaga / guru. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
Pemohon dikehendaki mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan boleh menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.
Pengemaskinian boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan, iaitu 7 September 2025. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak.
Tarikh Penting Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2026
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:
| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) | 1 Ogos 2025 – 7 September 2025 |
| Tarikh Semakan Pusat PKSK | 12 September 2025 – 17 Oktober 2025 |
| Tarikh PKSK Tingkatan 4 | 22 September 2025 – 3 Oktober 2025 |
| Tarikh PKSK Tingkatan 1 | 6 Oktober 2025 – 17 Oktober 2025 |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2026 ini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!




