Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz 2024

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz 2024 Yayasan Terengganu ke Tingkatan 1 kini telah dibuka untuk pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Permohonan kemasukan ini dibuka sehingga 25 November 2023.

Isi Kandungan

Apa Itu Sekolah Menengah Imtiaz?

Sekolah Menengah Imtiaz adalah sekolah yang dikendalikan di bawah Yayasan Terengganu. Sekolah Menengah Imtiaz ditubuhkan pada tahun 1999 di bawah inspirasi Dato’ Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pembangunan ketika itu.

Matlamatnya adalah untuk menyatukan bidang Sains dan Agama (hafazan / dinniyah).

Sistem pendidikan di Sekolah Menengah Imtiaz menggabungkan kurikulum bersepadu KBSM dengan pengajian Al-Quran sebagai teras pembelajaran. Gabungan ini bertujuan untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Pendekatan ini membentuk intipati Ulul Albab, yang dikenali sebagai Quranik, Ensiklopedik, dan Ijtihadik, yang pada gilirannya menghasilkan profesional Islam dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, senibina, perakaunan, undang-undang, dan ulama.

Sekolah Menengah Imtiaz kini berkembang kepada 8 buah cawangan di seluruh Terengganu. Berikut adalah senarai lokasi Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu iaitu

  1. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut
  2. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun
  3. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang
  4. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
  5. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman
  6. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu
  7. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Nerus
  8. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang (Program Tahfiz Khas Mandarin)

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz 2024

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz 2024

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz 2024 yang telah dikeluarkan secara rasmi di portal rasmi Imtiaz.

  1. Pemohon mesti menjadi warganegara Malaysia dan merupakan penduduk Terengganu.
    • Ibu atau bapa lahir di Terengganu.
    • Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu tanpa henti selama sekurang kurangnya 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti yang menunjukkan niat untuk tinggal di Terengganu.
  2. Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan secara dalam talian (online) dan menghadiri Ujian Kemasukan Imtiaz serta sesi temu duga.
  3. Calon yang berjaya dalam Ujian Kemasukan Imtiaz akan dipanggil untuk sesi temu duga yang akan menguji hafazan, penguasaan akademik, dan personaliti (kecerdasan intelektual dan insan).
  4. Calon juga perlu LULUS pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh doktor yang berkelayakan dan mendapat kelulusan sebagai individu yang sihat dan bebas daripada penyakit kronik, keletihan, atau berjangkit.
  5. Pemohon perlu BERSETUJU menerima penempatan di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu yang ditawarkan berdasarkan kekosongan yang ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
  6. Pemohon perlu BERSETUJU mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu yang berkaitan.

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz 2024

Bagi Program Khas Tahfiz Mandarin (Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang), syarat-syarat kelayakan Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz 2024 adalah seperti ketetapan berikut.

  1. Ibu atau bapa pelajar tersebut perlu dilahirkan di Terengganu.
  2. Ibu atau bapa pelajar tersebut perlu telah menjadi penduduk Terengganu secara berterusan selama 10 tahun atau lebih dan perlu mempunyai niat serta bukti yang kukuh untuk terus tinggal di Terengganu.
  3. Pelajar perlu mengambil mata pelajaran Bahasa Cina, dengan keutamaan diberikan kepada calon dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina).
  4. Pelajar perlu memiliki kemahiran membaca Al-Quran dan menunjukkan minat dalam menghafaznya.
  5. Pelajar WAJIB mengisi Borang Kemasukan Imtiaz secara dalam talian dan juga WAJIB menjalani Ujian Kemasukan Imtiaz serta Sesi Temu Duga.
  6. Pelajar perlu LULUS dalam Ujian Kemasukan Imtiaz dan Sesi Temu Duga.
  7. Pelajar perlu LULUS dalam pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh doktor yang bertauliah, serta mempunyai tubuh badan yang sihat dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.
  8. Pelajar perlu BERSETUJU menerima penempatan di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Marang.
  9. Pelajar perlu BERSETUJU untuk mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz 2024

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz 2024

  • Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz 2024 bagi Tingkatan 1 Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) kini dibuka bermula 25 Oktober 2023  sehingga 25 November 2023 secara dalam talian (online) pada pautan berikut

>>>Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz 2024<<<

  • Diminta para ibubapa atau pelajar untuk meyemak terlebih dahulu syarat kelayakan secara menyeluruh supaya anda layak untuk memohon.
  • Bagi pendaftaran pertama permohonan, ikuti langkah-langkah berikut:
    • Masukkan No.KP / Passport pelajar.
    • Klik butang SEMAKAN untuk mengesahkan No.KP / Passport.
    • Sekiranya No.KP / Passport tidak dijumpai, butang DAFTAR DISINI akan muncul.
    • Ibubapa boleh membuat permohonan baru dengan menekan butang DAFTAR DISINI, bagi pendaftaran baru.
  • Proses pemilihan pelajar adalah mendasarkan kepada pematuhan kepada syarat-syarat di atas dan prestasi pelajar dalam ujian dan sesi temu duga.
  • Sila hubungi pihak sekolah untuk maklumat lanjut dan panduan mengenai proses permohonan.

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz 2024

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz 2024 ini, anda boleh hubungi Bahagian Pengurusan Imtiaz di talian 09 – 621 1800 / 09 – 621 1920 / 09 – 621 1928.

Semoga calon-calon yang membuat permohonan berjaya dan terpilih untuk mendapatkan tawaran untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu bagi Tahun 2024 nanti!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More