Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan Tabika Kemas 2026

Permohonan Kemasukan Tabika Kemas 2026 kini telah dibuka dari 25 Mei 2025 hingga 31 Ogos 2025.

Kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan ingin memasuki Taska / Tabika Kemas pada tahun hadapan, mari mendaftar sekarang!

Untuk pengetahuan semua, ibu bapa boleh dapat Borang Permohonan Kemasukan Tabika Kemas 2026 secara dalam talian sebelum tarikh tutup permohonan.

Isi Kandungan

Pendaftaran Kemasukan Ke Taska / Tabika Kemas Sesi 2026

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak memusatkan dan mengawal Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara yang tertakluk pada Taska.

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kemas terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), iaitu untuk kanak-kanak yang berusia 2 – 4 Tahun.
  • Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA), iaitu untuk kanak-kanak yang berusia 4 – 6 Tahun.
Permohonan Kemasukan Tabika Kemas 2026 1
Permohonan Kemasukan Tabika Kemas 2026 2

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Tabika Kemas 2026

Untuk membuat Permohonan Kemasukan Tabika Kemas 2026 ini, perlulah memenuhi syarat-syarat umum seperti berikut:

  1. Kanak-kanak yang memiliki status sebagai Warganegara Malaysia atau salah seorang ibu bapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun (Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun).

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Tabika Kemas 2026

Permohonan Kemasukan Tabika Kemas 2026 kini dibuka mulai 25 Mei 2025 (Ahad) sehingga 31 Ogos 2025 (Ahad).

Borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat atau boleh terus download pada PDF di bawah atau boleh juga dapatkan di Tabika Kemas berdekatan.

Borang permohonan atau borang pendaftaran yang telah lengkap diisi bersama dokumen yang berkaitan perlu dihantar terus ke Tabika Kemas yang berdekatan.

Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan Terima / Tolak kepada ibu bapa / penjaga kanak-kanak yang terlibat.

Surat pemberitahuan tentang status permohonan akan dikeluarkan selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup permohonan.

Untuk makluman, jumlah kanak-kanak dalam satu kelas adalah terhad, iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (berdasarkan kepada keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter persegi bagi setiap kanak-kanak). Jumlah ideal untuk satu kelas adalah 25 orang kanak-kanak.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat Permohonan Kemasukan Tabika Kemas 2026, iaitu:

  1. Salinan Sijil Kelahiran kanak-kanak.
  2. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa / penjaga.
  3. Slip Gaji ibu dan bapa / penjaga.
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod Kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan) beserta rekod imunisasi.

Yuran Tabika Kemas

Berikut adalah kategori dan kadar bayaran pendaftaran dan bayaran bulanan Tabika Kemas, iaitu:

KategoriJenis BayaranPerkaraKadar Bayaran
*AWAJIBPendaftaranRM 10.00
*AWAJIBInsuransRM 10.00
*AWAJIB*Sumbangan BulananRM 5.00 – RM 25.00
*BPILIHANBaju SukanRM 30.00
*BPILIHANPakaian SeragamRM 30.00
*BPILIHANTudung (digalakkan untuk kanak-kanak beragama Islam)RM 10.00

*Nota:

  • Kategori A: WAJIB dibayar semasa pendaftaran.
  • Kategori B: Ibu bapa / penjaga boleh membuat PILIHAN sama ada ingin membuat pembelian melalui pihak Tabika atau pembelian sendiri bagi baju sukan dan pakaian seragam dengan kadar bayaran adalah tertakluk pada harga pasaran dan tidak lebih daripada RM 30.00.
  • Sumbangan bermakna komitmen bulanan yang WAJIB dibayar oleh ibu bapa / penjaga pada setiap bulan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tabika Kemas.
  • Sebarang pembayaran item yang tidak termaktub di dalam senarai di atas adalah TIDAK DIBENARKAN.

Waktu Operasi Tabika Kemas

Berikut pula adalah waktu operasi Tabika Kemas, iaitu:

Jenis SesiSemenanjung MalaysiaSabah Dan Sarawak
Satu Sesi8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari7.30 Pagi – 11.30 Pagi
Dua Sesi8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
12.30 Tengah Hari – 4.30 Petang
7.30 Pagi – 11.30 Pagi
12.00 Tengah Hari – 4.00 Petang

Nota: Pelaksanaan kelas PPI bermula jam 12.00 Tengah Hari – 1.00 Tengah Hari dan akan tamat lewat 1 jam dari waktu operasi biasa.

Senarai Tabika Kemas Seluruh Malaysia

Untuk pengetahuan semua ibu bapa, anda boleh melihat sendiri senarai Tabika Kemas di seluruh Malaysia mengikut negeri bagi memudahkan urusan anda memilih yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal anda.

Berikut adalah senarai Tabika Kemas di Seluruh Malaysia mengikut negeri, iaitu:

KEDAH
PERLIS
PULAU PINANG
PERAK
KELANTAN
WILAYAH PERSEKUTUAN
TERENGGANU
PAHANG
SELANGOR
MELAKA
NEGERI SEMBILAN
JOHOR
SABAH
SARAWAK

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Permohonan Kemasukan Tabika Kemas 2026 ini, sila rujuk terus ke Tabika yang anda pilih atau hubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Negeri / Daerah berdekatan.

Semoga anak-anak kecil anda berjaya dan terpilih untuk mendapatkan tawaran Kemasukan ke Tabika Kemas bagi sesi 2026 nanti!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More