Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Maghribi 2025/2026

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Maghribi bagi tahun kemasukan 2025/2026 yang kini sedang dibuka.
Isi Kandungan
Makluman Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Maghribi
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Maghribi kini menawarkan sebanyak 15 tempat biasiswa kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Maghribi dalam bidang berikut:
- Pengajian Islam
- Bahasa Arab
- Sains Perundangan
- Pengajian Perubatan
- Sains Paramedik
- Sains Perniagaan dan Pengurusan
- Sains Kejuruteraan dan Teknologi
- Sains Agronomi dan Veterinar
- Seni Bina
Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Maghribi bagi tahun kemasukan 2025/2026 ini hanya untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 dan perlu memperolehi sekurang-kurangnya Gred A- dalam semua subjek di peringkat SPM tersebut.
Calon-calon yang layak dan berminat adalah dikehendaki untuk membaca dan memahami syarat yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.

Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat-syarat kelayakan Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Maghribi bagi tahun kemasukan 2025/2026 adalah seperti ketetapan berikut:
Ijazah Sarjana Muda Bagi Bidang Pengajian Islam Dan Yang Berkaitan | 1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh minima gred A- dalam matapelajaran Teras dan matapelajaran Elektif dalam subjek berkaitan Pengajian Islam (Agama / Dini / Tahfiz / Syahadah Ulya) di peringkat SPM. 2. Hanya pelajar yang menduduki SPM pada tahun 2024 sahaja yang akan dipertimbangkan. 3. Bagi kursus Bahasa dan Sastera Arab serta Pengajian Islam, diajar dalam Bahasa Arab. Calon bagi kursus ini mestilah fasih berbahasa Arab. |
Ijazah Sarjana Muda Bagi Bidang Pengajian Sains Perundangan Dan Yang Berkaitan | 1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh minima gred A- dalam matapelajaran Teras dan matapelajaran Elektif dalam subjek akademik yang berkaitan di peringkat SPM. 2. Hanya pelajar yang menduduki SPM pada tahun 2024 sahaja yang akan dipertimbangkan. 3. Kursus Sains Perundangan (Legal Sciences) ditawarkan dalam bahasa Arab atau Perancis, mengikut pilihan. |
Ijazah Sarjana Muda Bagi Bidang Pengajian Sains Kesihatan, Kejuruteraan Dan Ekonomi Dan Yang Berkaitan | 1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh minima gred A- dalam matapelajaran Teras dan matapelajaran Elektif dalam subjek akademik yang berkaitan di peringkat SPM. 2. Hanya pelajar yang menduduki SPM pada tahun 2024 sahaja yang akan dipertimbangkan. 3. Untuk makluman, Bahasa Perancis adalah bahasa pengantar utama di kebanyakan institusi pengajian di Maghribi, terutamanya dalam bidang sains, teknikal dan ekonomi. Calon yang diterima masuk ke bidang ini tetapi tidak menguasai bahasa Perancis, diwajibkan untuk mengikuti kursus bahasa Perancis di pusat-pusat yang sesuai (seperti Alliance Française, Pusat Kebudayaan Perancis) di negara asal mereka dalam tahun akademik 2025/2026. 4. Di akhir kursus Bahasa Perancis ini, calon perlu menduduki ujian akhir kursus bahasa. Pelajar yang LULUS ujian tersebut akan dibenarkan untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang ditawarkan oleh Kerajaan Morocco. |
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Maghribi kini dibuka bermula 23 Mei 2025 hingga 2 Jun 2025 dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) pada sistem e-TimurTengah (Maghribi).
Calon akan disenarai pendek berdasarkan semakan keputusan melalui sistem e-TimurTengah (Maghribi).
Hanya calon yang disenarai pendek dari sistem e-TimurTengah (Maghribi) akan dipertimbangkan untuk menerima Surat Tawaran dari pihak Kerajaan Maghribi.
Segala maklumat perlu dibaca bersama dengan dokumen Garis Masa Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Maghribi bagi tahun 2025/2026.
Permohonan hanya diproses oleh pihak KPT sahaja. KPT tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi urusan permohonan dan penempatan pelajar ke Morocco.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Maghribi ini, anda boleh berhubung dengan pihak Bahagian seperti berikut:
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi,
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
No. Tel: 03 – 8870 6609 / 6226 / 6148 / 5565
E-mail: [email protected]
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!