Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan MRSM Kemasukan Tahun 2023 Bagi Tingkatan 1 & 4 – Daftar Segera

Permohonan MRSM Kemasukan Tahun 2023 Bagi Tingkatan 1 & 4 ini dikhaskan kepada semua pelajar Raykat Malaysia. Permohonan ini akan berjalan serentak di seluruh negara untuk murid yang bakal memasuki Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2023 boleh mula dibuat mulai 1 September 2022.

Untuk makluman, kemasukan ke MRSM mulai tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, info penting serta persediaan yang perlu diketahui untuk proses permohonan. Pautan permohonan mula dibuka pada jam 10.00 pagi.

Permohonan MRSM

Isi Kandungan

Permohonan MRSM Kemasukan Tahun 2023 – Daftar segera

Di sini admin nak kongsikan Link tersebut. Sila maklumkan kepada semua rakan-rakan untuk daftar segera.

Berikut juga disertakan Tatacara permohonan MSRM dalam bentuk pdf. Semoga bermanfaat.

 

Kerajaan bersetuju mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebelum ini tanpa mengira aliran sekolah, selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan perubahan diumumkan sebelum ini, tidak diguna pakai selepas perbincangan bersama wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA). “Saya hendak tegaskan dasar dan syarat kemasukan ke MRSM dikembalikan kepada syarat asal seperti sebelum ini, bagi memberi peluang semua pelajar memohon.” -katanya lagi.

Pengenalan Tentang MRSM

Jom kita baca sedikit berkenaan dengan asal usul MRSM ini. Ia ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

MRSM

Program Yang Ditawarkan Di MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Terdapat 6 program dilaksanakan di MRSM antaranya adalah seperti berikut.

Premier

Program ini menawarkan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Murid-murid yang mengikuti program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Terdapat 31 lokasi MRSM yang melaksanakan program MRSM Premier ini iaitu:

  • MRSM Batu Pahat, Johor
  • MRSM Mersing, Johor
  • MRSM Muar, Johor
  • MRSM Baling, Kedah
  • MRSM Merbok, Kedah
  • MRSM Pendang, Kedah
  • MRSM PDRM, Kulim Kedah
  • MRSM Arau, Perlis
  • MRSM Beseri, Perlis
  • MRSM Felda, Sungkai Perak
  • MRSM Gerik, Perak
  • MRSM Lenggong, Perak
  • MRSM Pasir Salak, Perak
  • MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar Perak
  • MRSM Pengkalan Hulu, Perak
  • MRSM Jeli, Kelantan
  • MRSM Kuala Krai, Kelantan
  • MRSM Pasir Tumboh, Kelantan
  • MRSM Kuala Berang, Terengganu
  • MRSM Kuala Terengganu, Terengganu
  • MRSM Besut, Terengganu
  • MRSM Muadzam Shah, Pahang
  • MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis Pahang
  • MRSM Transkrian, Nibong Tebal Pulau Pinang
  • MRSM Tun Mustapha, Tawau Sabah
  • MRSM Kota Kinabalu, Sabah
  • MRSM Mukah, Sarawak
  • MRSM Betong, Sarawak
  • MRSM Kuching, Sarawak
  • MRSM Terendak, Melaka
  • MRSM Serting, Negeri Sembilan

MRSM

Ulul Albab

Ia merupakan gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran. Program ini menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Murid-murid di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah termasuk program nilai tambah Tahfiz al-Quran.

7 lokasi MRSM yang menawarkan program Ulul Albab iaitu:

  • MRSM Kota Putra, Terengganu
  • MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
  • MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
  • MRSM Sungai Besar, Selangor
  • MRSM Semporna, Sabah
  • MRSM ATM Bera, Pahang
  • MRSM Bagan Datuk, Perak

MRSM program

IGCSE

Program yang menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM. Ia menawarkan peluang kepada murid untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi menerusi kurikulum Cambridge Syllabus yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.

Murid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Sebanyak 12 MRSM yang menawarkan Program IGCSE adalah seperti berikut:

  • MRSM Johor Bahru, Johor
  • MRSM Kubang Pasu, Kedah
  • MRSM Langkawi, Kedah
  • MRSM Tumpat, Kelantan
  • MRSM Alor Gajah, Melaka
  • MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
  • MRSM Kuantan, Pahang
  • MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
  • MRSM Parit, Perak
  • MRSM Kota Kinabalu, Sabah
  • MRSM Kuching, Sarawak
  • MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor

MRSM program

IB MYP (Middle Years Programme)

Ianya bertujuan mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM.Program ini menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MARA berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum International Baccaleurate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Murid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

3 lokasi MRSM yang menawarkan program ini adalah seperti berikut:

  • MRSM Tun Dr Ismail, Johor
  • MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang
  • MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan Sabah

MRSM program

Teknikal

Program yang menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan. Program ini menawarkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Murid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Hanya 1 MRSM yang menawarkan program teknikal iaitu:

  • MRSM Bentong, Pahang

MRSM program

PKP (Program Khas Pendidikan)

Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang ditetapkan bagi murid yang berminat untuk memasuki MRSM sama ada Tingkatan 1 atau 4 adalah:

  1. Calon semestinya warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan/atau bapa ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  4. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.
  6. Calon dari sekolah kebangsaan (tahun 1 hinga 6) atau sekolah menengah kebangsaan (Tingkatan 1 hingga 3) sahaja.
  7. Ibu bapa atau penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Program Bitara

Program ini menawarkan pendidikan kepada murid yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi murid (gifted & talented).

Murid-murid yang mengambil program ini akan melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan murid yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).

3 lokasi MRSM yang menawarkan program Bitara iaitu:

  • MRSM Taiping, Perak
  • MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka
  • MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan

MRSM program

Tacara Permohonan

Berikut adalah merupakan tatacara permohonan boleh dirujuk menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
  2. Tandakan pada kotak pengakuan dan klik butang ‘Setuju.’
  3. Klik “Klik Di Sini” sama ada untuk permohonan Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
  4. Klik “Daftar Pengguna.”
  5. Isikan nombor kad pengenalan calon Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 dan klik “Hantar.”
  6. Isi maklumat yang diperlukan dan klik “Hantar.”
  7. Login dengan memasukkan no kad pengenalan calon dan kata laluan.
  8. Ini dan lengkapkan semua maklumat pemohon, ibu, bapa dan penjaga, pendapatan keluarga, pilihan program, dan MRSM di ruangan yang disediakan.
  9. Tandakan pada kotak perakuan pemohon.
  10. Klik “Hantar” untuk mengantar permohonan.

tatacara permohonan MRSM

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke MRSM 2023, sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4222.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More