Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan MyKasih Kapital

Bantuan Modal Perniagaan RM1,000

Permohonan bantuan ini telah dibuka secara atas talian dan usahawan wanita yang memerlukan modal perniagaan adalah dialu-alukan untuk memohon.

Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN) adalah sebuah badan kebajikan yang diletakkan di bawah bidang tugas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. Tujuan umum yayasan ini ditubuhkan adalah untuk memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia khususnya dalam kebajikan kanak-kanak dan keluarga. Oleh itu, salah satu inisiatif yang dilaksanakan melalui YKN adalah melalui Bantuan MyKasih Kapital bagi membantu usahawan wanita dalam aspek bantuan modal perniagaan.

permohonan

Objektif MyKasih Kapital

Objektif pelaksanaan Bantuan MyKasih Kapital adalah seperti berikut:

  • Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  • Membantu meningkatkan taraf hidup wanita yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  • Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon untuk memohon Bantuan MyKasih Kapital adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohonan dibuka kepada golongan wanita sahaja.
  3. Pemohon ialah ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga.
  4. Pemohon ialah individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
  5. Pemohon ialah wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit.
  6. Pemohon berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan.

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Klik pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScN38AiRaxxGVjsxHiOzWr4sD6-kF1rRKbXtbNgwQF2Db3bQw/viewform.
  2. Isi maklumat yang di dalam setiap ruangan dan klik butang ‘Next’ pada akhir setiap paparan.
  3. Pastikan setiap maklumat yang diisi adalah tepat dan betul.
  4. Pada akhir paparan, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital:

  • di talian 03-8323 2433

atau terus ke pejabat di alamat:

Urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital,
Yayasan Kebajikan Negara Malaysia,
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No.55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 61200 Putrajaya

Artikel lain: Panduan Solat Tarawih Bersendirian Sepanjang PKP

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More