Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Pengajian Ke Mesir Sesi 2025/2026

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Permohonan Pengajian Ke Mesir bagi sesi 2025/2026 yang kini sedang dibuka.

Isi Kandungan

Makluman Permohonan Pengajian Ke Mesir

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia mempelawa pelajar warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan pengajian ke Mesir dalam program Ijazah Sarjana Muda bidang

  • Perubatan,
  • Pergigian,
  • Farmasi,
  • Pengajian Islam, dan
  • Qiraat.
Permohonan Pengajian Ke Mesir Sesi 2025/2026 1
Permohonan Pengajian Ke Mesir

Syarat Kelayakan Permohonan Pengajian Ke Mesir

Syarat-syarat kelayakan Permohonan Pengajian Ke Mesir bagi sesi 2025/2026 adalah seperti ketetapan berikut:

BidangJenis PengajianSyarat Minimum
Sains KesihatanPengajian Perubatan (Universiti Al-Azhar, Universiti Alexandria, Universiti Mansoura, Universiti Cairo, Universiti Ain Shams, Universiti Tanta)1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90% dalam lapan (8) subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan; dan
2. Mempunyai sijil matrikulasi atau asasi yang diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dengan minimum PNGK 3.0 atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau A-Level; dan
3. Bagi permohonan ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Sains Kesihatan, pelajar perlu mengambil subjek Bahasa Arab di peringkat SPM.
Sains KesihatanPengajian Pergigian (Universiti Al-Azhar)1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 79% dalam lapan (8) subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan; dan
2. Bagi permohonan ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Sains Kesihatan, pelajar perlu mengambil subjek Bahasa Arab di peringkat SPM.
Sains KesihatanPengajian Pergigian dan Farmasi (Universiti Alexandria, Universiti Mansoura, Universiti Cairo, Universiti Ain Shams, Universiti Tanta)1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 79% dalam lapan (8) subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan; dan
2. Mempunyai sijil matrikulasi atau asasi yang diiktiraf oleh Majlis Pergigian Malaysia (MDC) atau Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) dengan minimum PNGK 3.0 atau pra-universiti atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau A-Level.
Pengajian Islam (Dirasat Islamiah)Pengajian Bahasa Arab / Dakwah / Dirasat Islamiah / Syariah / Usuludin1. Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat keseluruhan JAYYID; dan
2. LULUS Imtihan Tahdid Mustawa (Ujian Penentuan Tahap Penguasaan Bahasa Arab); dan
3. Tamat sehingga tahap Mutaqaddim Thani (Tahap 6) pengajian bahasa Arab di Institut Pengajian Bahasa Arab USIM; atau
4. Tamat sehingga tahap Mutamayyiz (Tahap 7) pengajian bahasa Arab di Pusat Bahasa Sheikh Zayed.
Pengajian Islam (Dirasat Islamiah)Pengajian Ulum Islamiah (Syu’bah Syariah / Usuluddin / Bahasa Arab)1. LULUS semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam lapan (8) subjek; dan
2. LULUS Imtihan Tahdid Mustawa (Ujian Penentuan Tahap Penguasaan Bahasa Arab); dan
3. Tamat sehingga tahap Mutaqaddim Thani (Tahap 6) pengajian bahasa Arab di Institut Pengajian Bahasa Arab USIM; atau
4. Tamat sehingga tahap Mutamayyiz (Tahap 7) pengajian bahasa Arab di Pusat Bahasa Sheikh Zayed.
Pengajian Islam (Dirasat Islamiah)Pengajian Qiraat1. Mempunyai Sijil / Diploma Qiraat yang diiktiraf kesetaraannya oleh Universiti Al-Azhar; dan
2. LULUS Imtihan Tahdid Mustawa (Ujian Penentuan Tahap Penguasaan Bahasa Arab); dan
3. Tamat sehingga tahap Mutaqaddim Thani (Tahap 6) pengajian bahasa Arab di Institut Pengajian Bahasa Arab USIM; atau
4. Tamat sehingga tahap Mutamayyiz (Tahap 6) pengajian bahasa Arab di Pusat Bahasa Sheikh Zayed.

Syarat Tambahan:

  • Umur pelajar tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan.
  • Semua sijil STAM atau SPM atau Sijil / Diploma Qiraat hendaklah tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan di sistem e-Timur Tengah.

Cara Membuat Permohonan Pengajian Ke Mesir

Permohonan Pengajian Ke Mesir kini dibuka bermula 2 Mei 2025 hingga 31 Mei 2025 dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) pada sistem e-TimurTengah.

JPT, KPT hanya memproses permohonan pelajar melalui sistem e-TimurTengah dan menguruskan pendaftaran pelajar di institusi pengajian di Mesir.

Segala kos yuran pengajian dan kos kehidupan pelajar adalah ditanggung dan diuruskan sendiri oleh pelajar.

JPT, KPT tidak melantik atau menggunakan mana-mana orang perseorangan atau syarikat atau ejen bagi urusan permohonan dan penempatan serta logistik pelajar ke Mesir.

    Maklumat Lanjut

    Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Pengajian Ke Mesir ini, anda boleh berhubung dengan pihak Bahagian seperti berikut:

    Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi,
    Jabatan Pendidikan Tinggi,
    Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
    62200 W.P. Putrajaya
    No. Tel: 03 – 8870 6609 / 6226 / 6148 / 5565
    E-mail: [email protected]

    Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

    Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

    This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More