Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Pinjaman Amanah Ikhtiar

Kepada anda yang ingin membuat Permohonan Pinjaman Amanah Ikhtiar, salah satu kaedah dan cara memohon pinjaman Amanah Ikhtiar yang paling senang dan ringkas adalah anda perlu mengisi borang permohonan anda secara online dan hantarkan permohonan anda kepada email dan pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia.

Cara Permohonan Pinjaman Amanah Ikhtiar

Kepada anda yang ingin memohon pinjaman Amanah Ikhtiar, salah satu kaedah dan cara membuat Permohonan Pinjaman Amanah Ikhtiar yang paling senang dan ringkas adalah anda perlu mengisi borang permohonan anda secara online dan hantarkan permohonan anda kepada email dan pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia.

Berikut adalah cara Permohonan Pinjaman Amanah Ikhtiar:

  1. Anda perlu mendapatkan borang permohonan Amanah Ikhtiar pada laman web rasmi Amanah Ikhtiar, iaitu www.aim.gov.my.
  2. Atau anda boleh sahaja klik pada pautan ini untuk terus mendapatkan borang permohonan Amanah Ikhtiar online anda.
  3. Setelah anda mendapatkan borang permohonan anda, anda perlu mengisi maklumat anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Pastikan anda mengisi maklumat yang benar kerana maklumat anda akan digunakan untuk menyemak kelayakan anda.
  5. Setelah anda selesai mengisi borang permohonan anda perlu menghantar borang tersebut.
  6. Selesai sudah proses permohonan pinjaman Amanah Ikhtiar anda.

Sekiranya anda seorang peniaga dan ingin mengetahui tentang cara memohon pinjaman perniagaan MARA, kami ada sediakan artikel khas buat rujukan anda.

Syarat kelayakan dan prosedur keahlian

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENJADI SAHABAT AIM

  1. Taraf Kewarganegaraan
    • Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan (mykad) yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Had Kelayakan Pendapatan
    • Had kelayakan pendapatan isi rumah bagi menyertai AIM ialah RM3,050 dan per kapita ialah RM610.
  3. Had Nilai Pemilikan Aset
    • Had nilaian pemilikan aset mestilah tidak melebihi nilaian berikut:
      1. Tanah bergeran di atas nama KIR atau bakal Sahabat dengan keluasan tidak lebih dari tiga (3) ekar.
      2. Pemilik rumah sendiri dengan anggarannilai tidak lebih RM200,000.
      3. Pemilik kenderaan dengan anggaran nilai semasa sebuah kenderaan tidak melebihi RM50,000.\

Baca Juga: Permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Johor 2021

PROSEDUR KEAHLIAN

  • Pemohon, setelah disahkan layak menyertai AIM, perlu menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 5 orang sejantina yang tiada tali persaudaraan rapat, saling percaya mempercayai di antara satu sama lain dan bertanggungjawab.
  • Kesemua ahli secara berkumpulan perlu mengikuti Proses Penurunan Kuasa (PPK) iaitu satu kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, 1 setengah jam sehari. PPK bertujuan memberi kefahaman tentang peraturan dan syarat-syarat AIM.
  • Setelah lulus dalam Ujian Pengikhtirafan Kumpulan iaitu satu ujian ringkas yang dijalankan di akhir proses PPK, semua ahli kumpulan perlu menyertai Pusat iaitu gabungan antara 2 hingga 10 kumpulan.
  • Ahli Pusat atau lebih dikenali sebagai Sahabat akan bermesyuarat setiap minggu. Mesyuarat Pusat diadakan di tempat awam seperti dib alai raya, surau atau balai yang dibina sendiri. Semua urus niaga AIM seperti permohonan, penyerahan modal pembiayaan, bayar balik serta kutipan simpanan wajib dan TKKS diadakan di Mesyuarat Pusat.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More