Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Pinjaman Yayasan Islam Negeri Kedah ke Universiti Timur Tengah

Pihak Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) telah membuka tawaran untuk permohonan PINJAMAN PENDIDIKAN YINK pada 24 MAC 2021 dan TARIKH TUTUP PERMOHONAN ialah pada 11 APRIL 2021. Pinjaman ini ditujukan kepada semua anak Kedah Darul Aman dalam semua bidang pengajian.

Yayasan Islam Negeri Kedah mempelawa calon yang berkelayakkan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian di dalam bidang Sains Kesihatan dan Pengajian Islam Peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Isi Kandungan

Kelayakan Permohonan

 Anak Negeri Kedah yang diiktirafkan seperti berikut:

  • Pemohon atau Ibu atau Bapa yang dilahirkan di Neger Kedah Darul Aman ATAU
  • Pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Negeri Kedah dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan menetap di Negeri Kedah hendaklah mengemukakan surat pengesahan pemastautin daripada Wakil Rakyat / Pegawai Daerah / Penghulu Mukim bersama pengesahan Imam Kariah

Bidang Yang Terpilih untuk Pinjaman Pendidikan YINK

Antara bidang yang terpilih adalah daripada kategori seperti berikut:

  • Bidang Perubatan / Pergigian / Farmasi

    • Universiti Di Mesir = Pelajar Tahun 2 dan ke atas sahaja layak memohon
    • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS) = Pelajar Tahun 1 dan ke atas sahaja layak memohon serta agama islam
  • Bidang Pengajian Islam / Bahasa Arab / Tahfiz Al – Quran

    • Universiti Al-Azhar, Mesir
      • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang – kurangnya pangkat Jayyid dan
      • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam semua mata pelajaran dibawah:
        • Bahasa Melayu
        • Bahasa Arab Tinggi Komunikasi
        • Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
        • Pendidikan Syariah Islamiah
    • Universiti di Jordan
      • Lulus Sijil Pengajian Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang – kurangnya pangkat kepujian dalam semua mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Melayu
        • Bahasa Arab Tinggi Komunikasi
        • Pendidikan Al Quran dan As Sunnah
        • Pendidikan Syariah Islamiah 

(Pelajar yang sedang menuntut di Universiti berkenaan layak untuk memohon dan sertakan bersama salinan keputusan peperiksaan terakhir)

Cara Memohon

Dibawah merupakan cara – cara untuk membuat permohonan bagi Pinjaman Pendidikan YINK:

  1. Permohonan dibuka mulai 24hb Mac 2021
  2. Permohonan Pinjaman Pendidikan boleh dibuat secara atas talian di laman web www.yink.gov.my (Pinjaman Pendidikan)
  3. Sila lengkapkan permohonan berkenaan dengan menyatakan salinan sijil – sijil persekolahan beserta dokumen kelahiran pelajar dan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan kedua ibu bapa yang telah disahkan

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus kepada YINK pada atau sebelum 11hb April 2021 di alamat:

  • Yayasan Islam Negeri Kedah
  • No. 56A, Jalan Telok Wanjah
  • 05200 Alor Setar
  • Kedah Darul Aman

permohonan

Maklumat Lanjut

Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi:

  • No . Tel = 04 7302703 / 04 7303713
    • Puan Suria BT Mat Noor
    • Puan Mastura BT Mohamad Tajuddin

Artikel lain: Bantuan Didik Anis

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More