Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 2021/2022

Makluman untuk semua pelajar lepasan SPM tahun 2021 / 2022, permohonan Politeknik atau Kolej Komuniti kini dibuka secara online untuk pendaftaran dan kemaskini melalui http://upu.mohe.gov.my

Bagi calon lulusan SPM 2017 ke bawah dan lulusan selain SPM, anda juga boleh membuat Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti melalui portal http://ambilan.mypolycc.edu.my

Secara umumnya, terdapat dua laluan untuk memasuki bidang TVET iaitu menerusi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Lepasan SPM berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diploma dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkemahiran tinggi. Selain itu, bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalam akademik dan remaja di luar sistem pendidikan terdapat juga program khas Sijil dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Lulusan program TVET, termasuklah Politeknik dan Kolej Komuniti mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik.

Tarikh Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti

Permohonan online boleh dibuat sebelum tarikh tutup 2 Julai 2021.

Syarat Kemasukan Asas

Syarat kelayakan asas bagi permohonan ke politeknik dan kolej komuniti adalah seperti berikut:

Politeknik

  • Politeknik Premier (5 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan)
  • Politeknik Konvensional/ METrO (3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan)
  • Bahasa Melayu (WAJIB LULUS)
  • Sejarah (WAJIB LULUS)
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains/FIzik atau Kimia

Kolej Komuniti

  • Diploma
    • Lulusan Sijil Kolej Komuniti
    • Lepasa SPM dengan 3 kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan
  • Sijil Kolej Komuniti
    • Lulus SPM (Bahasa Melayu dan Sejarah)

Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 2021/2022

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Bidang pengajian yang ditawarkan bagi Politeknik dan Kolej Komuniti untuk pelajar lepasan SPM adalah seperti berikut:

Diploma Politeknik

Untuk melihat semua Program Diploma yang ditawarkan di Politeknik Malaysia, calon boleh layari disini.

Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 2021/2022

Sijil Kolej Komuniti

Untuk melihat semua Program Sijil Kolej Komuniti di Malaysia, sila layari pautan disini.

Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 2021/2022

Lokasi & Yuran

Yuran pengajian bagi politeknik dan kolej komuniti adalah serendah RM200 bagi satu semester. Pemohon yang layak juga boleh memohon bantuan pinjaman pendidikan daripada PTPTN.

Terdapat 38 buah Politeknik dan 104 Kolej Komuniti di seluruh negara.

Anda boleh lihat senarai politeknik yang ada disini manakala senarai kolej komuniti pula disini.

Cara Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2021 / 2022

Berikut adalah cara membuat semakan kelayakan dan permohonan atas talian:

  1. Mohon calon klik pada portal http://upu.mohe.gov.my atau http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp
  2. Masukkan No IC, pilih Sijil Pelajaran Malaysia untuk menu Kelayakan Akademik saya. Kemudian, key-in Keputusan SPM.
  3. Klik semak dan sistem akan paparkan senarai program yang layak di POLITEKNIK MALAYSIA dan KOLEJ KOMUNITI.
  4. Klik pada nama program yang dipaparkan untuk tahu maklumat lebih lanjut.
  5. Seterusnya calon kemaskini pilihan program pada borang UPU Online pada 15-21 Jun 2021.
  6. Keputusan permohonan diumumkan pada 16 Julai 2021.

Segala tarikh tertakluk kepada pindaan semasa.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara manual melalui Politeknik atau Kolej Komuniti sehingga 20 September 2021).

Tarikh Rayuan / Semakan Keputusan Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti

CEPAT! Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Julai 2021.

Bagi calon lulusan SPM 2020, 2019 dan 2018

JANGAN LUPA untuk mengemaskini pilihan program pengajian anda bermula 15-21 Jun 2021 di pautan https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login

Sekiranya belum pernah memohon UPU tahun 2021, pelajar boleh membuat pendaftaran baharu di laman web UPU bermula 15-21 Jun 2021.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu anda ketahui.

  • Semakan Keputusan Permohonan: 16 Julai 2021
  • Rayuan Dibuka : 16 Julai 2021
  • Rayuan Di tutup : 25 Julai 2021
  • Keputusan Rayuan : 19 Ogos 2021
  • Pendaftaran Pelajar Baharu : 20 September 2021

*Perubahan tarikh tertakluk kepada keputusan Bahagian Ambilan Dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More