Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program CAT-ACCA Tajaan MAIK

Permohonan bagi Program CAT-ACCA tajaan MAIK telah dibuka. Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) mempelawa rakyat Kelantan yang berminat untuk sambung pengajian dalam sijil profesional perakaunan untuk ikuti program CAT-ACCA tajaan MAIK. Program ini bertujuan untuk membantu asnaf di negeri Kelantan yang berkelayakan dalam memperoleh pendidikan untuk mereka gunakan dalam mencari pekerjaan dan keluar daripada kelompok kemiskinan.

Program ini juga bermatlamat untuk membantu meningkatkan bilangan profesional di dalam bidang perakaunan daripada kalangan bangsa Melayu dan terutamanya dari rakyat Kelantan. Lepasan SPM adalah digalakkan untuk mohon.

Permohonan ini akan ditutup pada pada 28 April 2021.

Isi Kandungan

Syarat – Syarat Umum

  • Terbuka kepada semua lepasan SPM
  • Warganegara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan
  • Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat
  • Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan

Syarat Khusus Calon

Kelayakan Akademik

  • SPM 9A dan ke atas
  • Mendapat keputusan A bagi matapelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris

Syarat Tambahan

  • Maksimum tempoh pengajian adalah terhad kepada 4 tahun sahaja
  • Hendaklah lulus bagi program CAT dan menamatkan ACCA dalam tempoh tersebut
  • Disyaratkan MESTI lulus CAT atau penajaan tidak akan disambung ke peringkat seterusnya
  • Denda akan dikenakan ke atas pelajar, sekiranya, pelajar di dapati GAGAL menepati syarat yang ditetapkan oleh MAIK

Bidang Pengajian

  • Certified Accounting Technician (CAT) – 1 tahun
  • The Association of Chartered Certified Accountants – 3 tahun

Tempat Pengajian

  • INTEC Education College, Shah Alam

permohonan

Cara Permohonan Program CAT-ACCA

Anda boleh tekan pautan dibawah untuk pergi pada laman sesawang MAIK https://www.e-maik.my atau anda boleh sahaja pergi ke Unit Pendidikan Majlis Agama Islam Kelantan.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai soalan yang lebih lanjut tentang program CAT-ACCA ini, anda boleh hubungi Unit Pendidikan MAIK:

Artikel lain: Biasiswa/Pinjaman Yayasan Terengganu

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More